KERANA SAYANG

Kereta meluncur laju ke arah destinasi. Saya masih dengan perangai saya sejak dua tahun yang lepas, jikalau tahun-tahun sebelum itu saya masih bersifat keanak-anakan (ketika itu saya berada di Malaysia), saya suka duduk di tengah kerana dapat merasa penghawa dingin dengan lebih dekat berbanding duduk di tepi. Namun, mencecah usia akhir sepuluh tahun, saya mula berubah watak dan lebih senang termenung, memerhati alam, berfikir jauh lebih banyak dari tahun-tahun sebelumnya.

Dan saya masih dengan tabiat saya, ahli keluarga yang lain sibuk bersembang, adik-adik kadang kala bergaduh sesama sendiri, manakala saya hanya berdiam diri. Jarang mereka berani menegur saya kecuali Ayah. Hanya Ayah seorang yang biasanya jikalau saya diam tidak berkata apa-apa, dia akan bertanya sesuatu yang dapat menarik saya dari berfikir lebih jauh.

Namun, tidak kali ini. Ayah seolah-olah dapat mengesan yang saya ingin bersendiri. Begitulah sikap saya semenjak kecil, jika saya ada masalah yang saya rasa saya mampu lakukannya sendiri, pasti saya akan memendamnya di sudut hati. Jarang sekali singgah ke pengetahuan Ummi dan Ayah, hanya perkara-perkara besar sahaja yang mereka tahu.

Lamunan saya semakin jauh, meneroka ke segenap alam. Bila melihat gunung ganang, hati saya disapa oleh rindu dan sayang, terhadap insan-insan yang dipisahkan oleh benua dan lautan.

Saya teringatkan senarai blocklist saya di facebook, sepatutnya bilangan friends saya jauh lebih banyak dari yang sekarang, namun disebabkan saya asyik memblock pengguna, angkanya menurun. Saya tidak kisah, bukannya angka dan glamour yang ingin saya kejar, tetapi prinsip saya, Allah adalah tujuan dan RasulNYA adalah jalan.

Saya teringatkan perbualan antara teman-teman perempuan saya dan pelajar lelaki, risau saya mula menyinggah di hati. Bukan kerana apa, saya sayangkan kawan-kawan saya.

Saya teringatkan guru-guru saya, tudung di kepala kian berubah imejnya. Bukan kerana apa, tetapi kerana saya sayangkan mereka.

Tempohari, sehari sebelum sekolah ditamatkan, sekolah saya mengadakan rombongan ke Flamingoland buat pelajar-pelajar yang mematuhi peraturan, memperoleh positif referral yang banyak dan cemerlang dalam peperiksaan semester ini. Di dalam bas, ramai yang muntah-muntah. Saya sendiri terasa pening bila bau yang kurang enak memenuhi bas, dan akhirnya walau saya hanya naik kereta, saya akan terasa pening yang berlebihan.

"Itu tandanya nikmat dah kena tarik satu." Ayah berkata. Saya hanya tersenyum.

Semalaman hingga ke pagi ini, suhu badan naik dan kepala mula pening yang tak habis-habis. Saya bersyukur kerana sakit ini tidak datang sewaktu saya berada di sekolah, yang mana saya yakin saya akan mengganggu pengajaran si guru. Terbatuk-batuk, tak selera makan, semakin mengingatkan saya kepada Ayah ; Itu tandanya nikmat dah kena tarik satu!

Walau sakit melanda, walau lemah daya, ia tak pernah menarik semula kerisauan saya. Di dalam buku catatan, saya meluahkan segala yang terpendam di hati sekian lama. Saya tahu saya tak akan mungkin boleh menegur secara straight away pada guru-guru saya. Saya tahu kawan-kawan saya susah nak menerima teguran, akhirnya air mata sahaja yang menjadi peneman.

Ditambah pula, tayangan yang menjadi kontroversi kini, Tahajjud Cinta, semakin membuatkan saya sedih. Tidak ada bezanya filem ini dengan drama-drama melayu yang lain, hanya serban di kepala, tudung labuh di tubuh, niqob di muka, bumi Jordan sebagai tempatnya. Itu sahaja.

Tetapi itulah fitnah kepada agama yang kian membarah dalam dunia yang semakin senja. Golongan yang menonton ini, adalah seperti saya, hingga yang dewasa. Golongan muda, generasi yang akan memimpin negara... Jikalau salah faham mengenai mendekati zina tetap tidak berubah, nampaknya nasib negara Islam untuk mengukir kembali kegemilangan yang pernah terjadi di masa silam, hanya tinggal mimpi semata.

Saya baca lagi kometar oleh barisan pelakon, "Tak bolehlah terus menghukum."

Iya, berdasarkan kata azimat, kita hanya pendakwah, bukan penghukum tetapi, jika ingin tunggu hingga beratus-ratus episod yang akan datang, baru nak tegur, anggarkan berapa ramai pula yang menontonnya? Berapa banyak pula adegan wanita berniqab bermain mata dan kata dengan seorang yang bergelar Ustaz? Berapa banyak pula dosa dan fitnah yang kian membarah dan membeku dalam agama?

Saya risau. Risaukan kawan-kawan, risaukan guru-guru, risaukan mad'u, dan.. Risaukan generasi muda ini.. Saya teringatkan pesan para guru dan pensyarah yang pernah menetap di bumi Durham, "Jangan duduk di UK lama-lama ya."

Pesan itu menunjukkan mereka juga risau dengan mereka yang sebaya saya, dan seterusnya... Bumi Malaysia ini, kian gersang oleh kerinduan dan kecintaan yang menggunung terhadap Tuhan... Kalimah

LAILAHAILALLAH mesti ditegakkan, jika ingin dunia islam diselamatkan, dari ikhtilat yang berpanjangan.

Tiada lain sebab saya menuliskan semua luahan ini, semua kerana sayang......................Andai perasaan sayang ini mampu dirasakan oleh generasi, bahawa saya rindukan keindahan Islami berkubu di Malaysia ini.

Sungguh, hanya kerana sayang....

Iffah Nabiha Ahmad Jailani
11:50 pagi, United Kingdom
25 Julai 2011

Comments

Macedonia said…
assalamualaikum ^_^.

sayanglah yang dibumi, nescaya yang dilangit akan menyayangi kamu...
saya suka tengok Irma Hasmi, ikon artis yang baik... cerita tahajud cinta, ayat2 cinta, saya selalu tak tertengok...smpt tngok iklan je.

yg saya tahu org yg berpurdah.. kawan sayalah, diaorang tak berhenti berzikir, lebih banyk diam, punyai pendirian yg tegas, ada juga diaorang pesan dekat sy, spy jaga pandangan mata...sy pulak yg malu.

tapi ad juga yg baru berpurdah, dan masih perbaiki diri, mcm dlm tahajud cinta tu la kot...tak kisah la ustaz@ustazah

tapi apa2 pun, sy pernah baca dkt mana x ingat,ttg kisah tukang lawak firaun yang mengajuk cara, bercakap,pakaian Nabi Musa a.s (simpan janggut, tongkat, sekali jubah la)nak hiburkan hati firaun, last kali dapat syafaat, dia merupakan orang yg terakhir selamat merentasi laut merah bersama2 nabi Musa. Walaupun niat dia nak mengejek Nabi. Anggap je lah diaorang memperkenalkn sunnah Rasulullah buat semua manusia yg pelbagai jenis,walaupun ada pincangnye... wallahua'lam
Macedonia,

Ok. Tapi kalau itu membuatkan persepsi penonton bahawa orang berpurdah memang act macam tu macam mana? Persepsi mereka mengatakan bahwa ikhtilat tu tak salah sebab orang yg berpurdah yakni biasanya orang itu lebih 'strict' dalam agama, macam mana?
Macedonia said…
Iffah,

dalam dunia realiti, sebenarnya memang ada, insan yg berpurdah act mcm 2, sama juga macam org yg bertudung labuh, yg hafiz 30 juz (bercouple,brsms sayng2...terlanjur nauzubillah), tapi hanya sebahagian yg mcm 2.

(dah puas air mata para ulama yg mengalir, untuk insan2 yg mcm ni)

Jadi mmg ada betul juga persepsi penonton 2. Sy ada bincang juga hal ni dgn kwn sy, dan dia mmg mrh dgn cerita ayat2 bertahajud dgn cinta ni.(fitnah buat sunah Rasulullah)

Dia cakap dkt sy, x semua yg berpurdah ni menjaga ikhtilat, terutamanya dr segi pandangan mata, sbb bila berpurdah diaorng rasa selamat, so mata tu liar je tengok merata...nauzubillah.

utk soalan ke-2,psl ikhtilat, jika Allah mahukan kebaikan buat hambaNya, Dia akan beri kefahaman agama buat hambaNya itu. Jika betul org 2 mencari apa itu Islam, insyaallah, salah faham ttg Islam, akn dapat diperbetul.. itu soal menuntut ilmu. Org yg jumud dan krg ilmu je, tanpa usul periksa, terus condemn, org purdah itu ini, org tudung labuh itu ini, org rmbut kerinting itu ini hehe...

(mengembaralah melihat bumi Allah, bertemu dgn pelbagai manusia, jgn suka duduk dlm kelompok kita je, zon selesa, Allah jadikan manusia ni pelbagai warna kulit,rupa..utk kita berkenal-kenalan...)

(jadi setiap sem, bilik sy berpindah2, mcm2 org sy jumpa,sefikrah & tak, kdg2 sy tak kuat, sy menangis dan tidur dkt surau hehe, tarbiyah buat sy, yg jahil ini, apa2 pun Iffah, ini ujian buat mrk yg brprdah, ingat org yg brpgng dgn sunah Rasulullah, mcm mmgng bara api di akhir zmn ni.

Ramai yg convert Islam, bkn sbb diaorg tengok masyarakat Islam zmn ni,tp sbb diaorg kaji al-quran. tngk pristiwa 11/9,pwtc...lps 2 cuba cari peratus rktyt AS yg msk Islam...kdg2 fitnah jadi rahmat pula.sy sndiri pun, klu pusing2 je tengok kiri kanan, mls kaji2, sy pn akn condemn agama Islam ni.. waallahua'lam..
Maaf Macedonia, mungkin bicara saya terkasar di atas tu.

Tetapi pegangan saya tidak berubah. Walau ada kebaikan contohnya ia mengajar tentang hak-hak wanita, tetapi ALLAH Azza Wa Jalla tak pernah benarkan percampuran antara mudarat dan manfaat.

Iya tetap sesuatu fitnah, bukanlah maksud saya filem itu mempamerkan fitnah kepada golongan berniqab, tidak! Bukan itu maksud saya.Bukan maksud saya dalam dunia ini tiada realiti sebegitu.

Tetapi yang saya tegaskan adalah fitnah kepada a-g-a-ma. Cukup2 lah dengan drama yang lepas, mempengaruhi fikiran anak muda bahawa ikhtilat itu tidak salah, seolah-olah ianya fitrah padahal ianya fitnah.

Fitnah yang saya maksudkan di sini, bukan drama itu memfitnah golongan bepurdah. Tetapi fitnah yang sebenarnya, iaitu fitnah yang bererti kerosakan. Kerosakan pada agama yang suci ini, yang mengajarkan kita untuk memelihara fitrah Islam itu sendiri.

Drama ini, tetap bercanggah dengan pendapat saya, mungkin tidak pada ukhti dan syaa tidak paksa ukhti untuk bersetuju dengan saya.

Tetapi ianya tetap salah. Golongan muda-mudi akan mempunyai lebih banyak asbab yang salah. "Itu, drama 'islamik', dah tunjuk asal berhubung di balik tabir sahaja dah boleh, jadi apa yang saya buat tak salah".

Tidak! Tidak! Saya dah cakap dalam artikel. Saya sayangkan generasi muda ni,saya tak mahu walau bercakap di balik tabir tetapi pandangan melirik manja. Walau niqob dikenakan di muka tetapi tetap bermain mata.

Lagipula, kawan-kawan saya sendiri melakukan perkara sebegini. Tolonglah, saya tak mahu ianya berpanjangan lagi.

Saya sangat mohon maaf Macedonia, kerana saya tahu dalam hal ni saya banyak terkasar.
Macedonia said…
x lah, Iffah, tak kasar...

Baru je saya tengok cerita tu tadi, nak tngok apa yg best...sy jrg tngk cerita mcm 2, ayat2 cinta pun sy x tngok, cuma tahu jln cerita je. dan insyaallah saya malas tngok.

Iffah,dah pastila sy pun x setuju dgn cerita tu.

"Itu, drama 'islamik', dah tunjuk asal berhubung di balik tabir sahaja dah boleh, jadi apa yang saya buat tak salah".

sebab tu sy ckp, pentingnya ilmu, hnya org jahil, saja akan ckp ayt tu.. dn terpengaruh dgn cerita 2..tak faham pun apa 2 agama...jd sy mengundur diri dulu.Utk betulkn diri sy ni, moga Allah pertemukan kita suatu hari nanti...

ilal liqa, ukth Iffah...awak di jalan yg betul. Kita tanam iman itu dalam hati,apabila ia sempurna, suara yg keluar itu, adalah cahaya dari Ilahi...ia akn didengari walau kita bukan para pembesar...
insyaallah :)

akan didengari walau kita bukan para pembesar? hmm, itu yang saya risaukan.

Saya nak sangat Malaysia kita berubah imej, namun entahkan hingga ke akhir hayat saya saya tak sempat melihatnya.

Namun, Islam p-a-s-t-i menang. Itu janji Allah buat kita!

salam sayang,
Iffah.

p.s: Ana uhibbuki fillah :')

Popular Posts