BERPINTAL KASIH SEIRING AZAM



Berkali-kali saya merenung gambar-gambar tidak percaya.

Sejenak ada satu peringatan secara rahsia ingin saya berikan.

Lalu, status facebook menjadi medannya.

Newest album posted by one of my friends, I clicked 'Next' and 'Next' and 'Next' with that-shocking-feeling. Hmm, one day seems like there is no difference living in UK and Malaysia.

Sebenarnya ayat terakhirnya berbunyi,"Probably one of them is even worse." Namun dipadam.

Khabar rindu disampaikan oleh si teman pula. Tulisannya saya ubah untuk disingkatkan tanpa mengubah maksud.


Si teman : Pertama kali bukak puasa tanpa family.
Saya       : Er, tengah dekat asrama? Boleh bawa laptop?

Si teman : Yup! Broadband pun. 
Saya       : Er, dah berubah Malaysiaku ini...
Si teman  : Sebab tahun depan kita ada sistem IGCSE. Tiap2 year exam. Huh! Tension. Kena hafal lagi tu.
Saya        : Macam dekat sini... 

Saya berhenti sejenak.

"Tanggungjawab kita semakin besar. " Perlahan ayat saya disambung kembali.

Jika di tempat teman saya ini GCSE, tempat saya pula GCSE. Saya kira tidak banyak bezanya. Hanya sahaja mungkin soalan di sini lebih susah memandangkan kami di sini sudah belajar perkara-pekara yang lebih banyak dan serius bermula pada year 7 lagi.

Namun, bukan itu yang saya risaukan. Malahan, jika sistem belajar Malaysia diubah seperti di sini, saya sangatlah gembira. Kredibiliti guru yang menjana kecemerlangan, amatlah saya harapkan.

Saya bakal pulang ke Malaysia dalam jangka masa setahun atau setahun setengah kemungkinan besarnya, walau tidak pasti tetapi saya tetap risau.

Melihatkan album kawan saya ini, satu perkara yang saya pasti. Teman-teman saya ini telahpun keluar ke bandar secara berkumpulan, berseronok-seronok, berjalan-jalan secara bebas. Menonton wayang, dan usia mereka terlalu muda dan ini adalah tabiat kawan-kawan saya di sini.

Saya teringat pelajar terbaik SPM beberapa tahun yang lepas, Nik Nur Madihah yang dibenarkan ayahnya untuk pergi ke mana-mana sendirian, tetapi secara senyap-senyap ayahnya menyusul mengawasi pergerakan anak perempuannya.

Saya suka cara ayahnya. Saya juga punya naluri ingin bebas dan tidak suka dikongkong, ingin dipercaya tetapi saya inginkan pengawasan. Namun saya faham, ayah sangat sibuk dan kebetulan pula, saya suka duduk diam-diam dalam rumah je (^.^)

Namun, saya sebenarnya takut.

Melihatkan aksi di dalam album itu, di belakangnya kelihatan ratusan remaja melakukan hal yang sama. Tertanya-tanya di dalam hati, bagi yang perempuan, di mana ayah, abang, adik, ibu, keluarga dan semua yang sepatutnya mengawasi mereka? 

Saya bukan menghalang mereka berseronok selagi ada batas. Saya juga pernah ke bandar bersama kawan yang melayu namun saya berdiam. Kemudian, Ummi dan Ayah menukar fikiran untuk tidak membenarkan saya keluar tanpa mereka. (Atau pengawasan orang lain). Ini kisah dua tahun lepas lah, saya rasa sedih pula kerana rasa seperti Ummi dan Ayah tidak percaya kepada saya walaupun mulut terkunci rapi tidak berkata apa-apa.

Tetapi sedih tu sekejap saja, saya kemudiannya mencari hikmah di sebaliknya, Tidak suka kah saya, menjadi seseorang yang terpelihara di balik tabir yang mengawasi? Bukankah itu yang diertikan dalam nama yang menghiasi? Iffah yang bererti maruah?

Seketika, saya mendapat satu jemputan di facebook.

Saya klik pada namanya. Saya berdebar sebenarnya. Group itu dicreate oleh seorang remaja.

Di dalamnya, saya nampak jutaan rungutan yang diluahkan oleh kawan facebook saya. Di dalam group itu juga, pelbagai bentuk ketaasuban kepada cinta selainNya yang kian membarah dalam hati-hati remaja masa depan negara ini.

Kasih yang berpintal di hati kian hebat diuji, remajaku.. Malaysiaku.. Saya di sini hanya mampu menyeru melalui medan maya ini. Satu-satunya mad'uku di sini telahpun kembali ke Malaysia. Entah kenapa, apabila dikhabarkan dia sudah tiba di Malaysia, saya menjadi jauh lebih risau! Saya tidak risau dia berada di sini. 

Andai mad'uku ini pulang, itu bererti dia mempunyai peluang..Syaitan kian melonjak riang. Apatah lagi hubungan kami terputus. Allah, hanya doa yang mampu ku utus. 

Kerisauan itu rupanya terus memintal kasih di hati. Dalam kesedihan, saya ingin bingkaikan antara komen-komen yang menuntik azam pada diri ini. Jazakallah, jazakallah, semoga Allah membalasnya dengan yang lebih baik. 

Jika komen anda tidak tersenarai, bukanlah bererti komen itu langsung tidak bererti buat diri ini. Hanya tidak mampu menyenaraikan semuanya. Sungguh, kasih Baginda SAW buat umat ini, akan ku junjung agar ku juga mampu mengasihi generasi ini, agar dengan itu tersematlah azam untuk menjulang panji keredaan Allah.

~Ku bingkaikan komentar azimat~

sabar lah iffah sayang.. ;)
sungguh, jgn biar mereka keseorangan dlm kejahilan, malah serulah! dan bersangka baiklah kpd ALLAH! husnuzhon, dan binalah jambatan hati ke hati mereka-mereka yg membuta tuli. tunjukkan teladan yg perlu dicontohi, dengan lemat lembut dan mengikut sunnah nabi (berhikmah) dan jgn lupa siapa pemilik semua hati, ALLAH swt, bkn? maka jgn pula lupa berdoa agar mereka m'dpt rahmat & hidayah tak lama lagi.. ^^ sungguh, kita tiada hak dan tiada kuasa utk memaksa dan merubah hati mereka yg sesat dari jalan yg benar.. tpi kita ada senjata utk menolong mereka ke jalan benar.
-Anonymous-

ilal liqa, ukth Iffah...awak di jalan yg betul. Kita tanam iman itu dalam hati,apabila ia sempurna, suara yg keluar itu, adalah cahaya dari Ilahi...ia akn didengari walau kita bukan para pembesar...
-Macedonia-

Allah.. adik, la bat's. kita semua x lekang dari kelalaian kpd dunia. Tapi, bila hati telah berlari sedikit demi dikit menjauhi Allah, cepat2 kembali pada Allah. insya-Allah. sesungguhnya rahmat Allah sgt luas. aka doakan adik mumtaz dlm apa jua yg dilakukan. semoga barakah senantiasa bersama adik dan seluruh saudara seIslam kita. Biiznillah!
-Ukhti Nabilah-

Dan yang ni ni macam warning sikit lah. Hehe ;D

what happen? who is that person who have such right to stop you from writing? iffah, no matter what she says (it doesn't matter who said it) you have to focus on w h a t it say or why. and if she told you to stop writing and inspiring others, then what she SAID is wrong!! what happens to amar makruf nahi munkar? so what if what you said is wrong? you already believed it's right. (keyakinan) oneday insyALLAH, others will correct you and you'll be forgiven by HIM if you repent. but stopping yourself from spreading ilham that ALLAH gave to you in your brain right now isn't a very good idea. just take care of that acknowledgement ALLAH gave because people rarely be able to differ between good & bad but you can, mydear, at suchayoungage. if i'm not mistaken a hadith sounds like this, “Orang yang diam dari kebenaran, sama dengan syetan yang bisu.” express what you can for now, for what you already acknowledge. do not let others stop you from doing good. what is that horrible thing that you did until you made her felt that way? just share what you know, and what you can.. for everything you did is not to please others but please ALLAH instead. remember this iffah, he will ask you about your responsibility in acknowledgement, at hereafter, "WHAT DID YOU DO WHEN YOU KNOW SOMETHING WHILE OTHERS DOESN'T?"
-Anonymous-

moga ia menjadi satu paradiqma untuk terus maju kehadapan. akak doakan moga kamu terus berjaya di dunia dan akhirat.

~Mulianya kita kerna Islam~ (^_^)

-Bidadari Besi-

tapi meneliti yang iffah satu2nya pelajar melayu + muslim di sana..kami semua sangat yakin dan berdoa iman iffah semakin hari tidak dapat digugat walauapa pun dugaan..insya Allah

mungkin yang disini yg lebih kami risaukan..mohon doa dan dorongan iffah ya...terima kasih dik..

-Ateh Bie-

salam,iffah sayang.
mabruk alayki ya ukhti! :')
terus mendoakan di kejauhan moga Allah kurniakan yang TERBAIK untuk iffah di sana. luv u dear!

-Kak Hajar-

‎"Iman ibarat perjalanan dengan kapal terbang. Lagi tinggi kita naik, lagi kecil setiap perkara di dunia yang kita lihat. Lagi kuat iman, lagi kecil dunia di tangan."
-Kak Hajar-

Dan banyak lagi yang tak mampu diri ini untuk senaraikan semuanya. Semoga, usaha kalian diberkati Allah!

Ku lihat generasi muda ini, semakin berpintal kasih ini. Ku mohon agar siang dan malam generasi muda ini ditetapkan oleh Allah hati-hati mereka yang berbolak-balik agar ditetapkan di atas medan dakwah yang terbaik. 

Itu azamku. Mendoakan, dan terus mendoakan. Di samping diri ini terus berazam dalam mengejar status solehah yang cemerlang. Allah, iringi perbuatan kami...



Ayuh, tiap yang ada di luar sana. Jadikan diri teman sejati buat remaja. Ini adalah tugas dakwah, seru dan terus menyeru, itu adalah tugas para Rasul!

Mencari Dan Terus Mencari Damai Yang Hilang

Jumpa Lagi, Insyaallah

Iffah Nabiha Ahmad Jailani

5 Ogos 2011

Comments

Macedonia said…
syukran Iffah ^_^.

Teruskan menulis, blog Iffah salah satu dari blog2 yg buat saya tersenyum, sambil terfikir...sayang Iffah kerana Allah.

kak aurisshaira hehe, dah ke Korea pulak, tak habis senyum baca blog dia..Jelousnya..nanti boleh buat guide..insyaallah 1 hari nanti..
Alhamdulillah... Akak takde blog rupanya.. Ingatkan ada.. Bila ada nanti, inform ya.. :)
Macedonia said…
adalah adik oi..(cahayamacedonia.blogspot)blog saya... ^_^

boleh buat guide, bila sy, pergi Korea 1 hari nanti hehe...
jelous sbb, Allah bagi peluang dkt dia merantau dekat bumi asing...mcm Iffah
(aurisshaira89.blogspot)-blog kak ainul

Selalu ayat sy difahami secara terbalik. x pe, itu kelemahan sy.. ^_^...

Semoga blog Iffah pun, boleh jadi blog yg tulis pasal travelog mcm Kak Auriss 2 insyaallah dlm masa yg sama, berkongsi ilmu ttg agama.
Er, saya cukup tak suka travelog.. huhu .. tak tahum kenapa ;(

Jangan jealous, apabilaorag lain mengucapkan 'Alhamdulillah', akak pula sebut 'insyaallah', insyaallah DIA kan sayang pada kita XD

Ops, maaf. Sya tak berapa faham. Nanti saya letak link. Semoga heppi sellau :P <3
Macedonia said…
^_^... hehe minat berbeza, tak pe2, saya bidang tamadun, tu yg asyik suruh orang bercerita...

x de feel klu belajar teori je,tp tmpat tu x pernah pergi dn masih tidak berpeluang,insyaallah ^_^, so sy jelajah guna google dgn youtube je.

assalamualaikum...wada'an
Waalaikumussalam :)

Saya doakan Macedonia agar impianmu menjadi nyata jua :D

Popular Posts