LATIHAN YANG TIDAK DIPEDULIKAN, PELUANG YANG DISIAKAN

Ayuhlah sahabat-sahabat, kita kini berada dalam hari ketiga di Madrasah Ramadhan.

Perlukah menagih sesuatu yang pastinya mendatangkan murkaNya?

Beribu kali rasanya berkumandang, hanya cinta Allah cinta yang abadi. Abadikanlah cinta itu ke dalam hati, bersebab sebenarnya Allah memanggil kita sebagai hamba. Seseorang yang benar-benar mencintai sesuatu sanggup menghambakan diri demi cinta. Begitulah kita, perlu ada rasa sayang yang mendalam terhadap DIA, hingga sanggup menghambakan diri semata-mata keranaNya.

Lagipula, kita memang berada di taraf hamba. Memang DIA inginkan agar kita mencintaiNYA secara mendalam, tak perlulah tagihkan sesuatu yang fana, hingga lupa bahawa syariat lah jalan yang menjana bahagia.

Bulan ini adalah bulan keberkatan, bulan kerahmatan, bulan keampunan! Jikalau bulan ini diisi dengan cinta selainNya, saya amat sedih wahai sahabat! Dan jikalau untuk itu juga di'invite' saya sekali, saya totally ignore! Saya tak mahu jadi dari kalangan ini -

"....(Jika semua itu) menjadi perkara-perkara yang lebih kamu cintai daripada ALLAH dan RasulNYA dan berjihad untuk agamaNYA, maka tunggulah hingga ALLAH mendatangkan keputusanNYA(azab seksaNYA)..." [9:24]

Jangan sampai kecintaan kita kepada sesuatu dan seseorang itu, membuatkan kita buta dan tuli hingga Allah akan membutakan kita dengan buta yang sebenar-benarnya dari hidayah. Itulah azab yang paling besar, dalam hidup ini.

Iaitu apabila kita tidak ada lagi peluang!

RasulNya mengingatkan - Kecintaan kamu kepada sesuatu itu boleh membuatkan kamu buta dan tuli. (Riwayat Ahmad).

ALLAH Ta'ala juga telah 'melabelkan' mereka yang kufur pada DIA sebagai buta dan tuli.

"Bandingan dua golongan (kafir dan beriman) itu seperti orang yang buta serta tuli, dengan orang yang celik serta mendengar, kedua-dua golongan itu tidaklah sama keadaannya."[11;24]

"Mereka seolah-olah pekak, bisu dan buta.; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali kepada kebenaran."[2;18]

Perkataan buta disebut sebanyak 50 kali dalam Al-Quran dalam 46 ayat. Inginkah kita menjadi dari kalangan orang yang membutakan mata sendiri terhadap kebenaran?

Ana tak mahu kita jadi dari kalangan orang yang dibutakan, dipekakkan, dibisukan hingga tak mampu dipandu ke jalan kebenaran lagi.

Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (mata hatinya) maka dia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya. 

-sahabatmu-

Ramadhan...
Ku pohon maaf atas latihan yang tidak dipedulikan
Ku pohon ampun atas peluang yang disia-siakan

Hanya..
Ku masih tercari-cari cinta yang sebenarnya abadi
Aku yang khilaf selama ini...

Oh Tuhan, tunjukkan ku jalan!

Comments

Anonymous said…
sabar lah iffah sayang.. ;)
sungguh, jgn biar mereka keseorangan dlm kejahilan, malah serulah! dan bersangka baiklah kpd ALLAH! husnuzhon, dan binalah jambatan hati ke hati mereka-mereka yg membuta tuli. tunjukkan teladan yg perlu dicontohi, dengan lemat lembut dan mengikut sunnah nabi (berhikmah) dan jgn lupa siapa pemilik semua hati, ALLAH swt, bkn? maka jgn pula lupa berdoa agar mereka m'dpt rahmat & hidayah tak lama lagi.. ^^ sungguh, kita tiada hak dan tiada kuasa utk memaksa dan merubah hati mereka yg sesat dari jalan yg benar.. tpi kita ada senjata utk menolong mereka ke jalan benar..
Alhamdulillah, seronoknya dapat kata-kata nasihat ni! Siapa ya?

Ana uhibbuki fillah, moga mad'u mu juga dilembutkan hatinya :')
Anonymous said…
pembaca setia kamu tu lah.. ehhe ;) dan moga ALLAH sayang anti lagi..! <3
siapa... nak tahu!! :'( :') ala, cakap je lah. Kak hanan ke? Kak Aliyah ke? ala, tak yah rahsia-rahsia. cakap je~~

Popular Posts