Muqaddimah

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, Pemurahnya DIA dengan izinNya mempunyai kesempatan untuk menulis pada masanya. Namun, komitmen sebagai pelajar Year 10 mungkin menyebabkan keperluan meluangkan masa untuk pelajaran lebih utama buat seketika. Afwan andai jarang menulis. Moga bermanfaat apa yang ada :)

Monday, 24 October 2011

MUKMIN YANG SABAR DALAM UJIAN

Setelah lebih dua tahun saya memendam mengenai kemelut hati yang dirasai sekian lama itu, akhirnya saya 'terluahkan' perkara itu kepada dua orang kawan yang masih setia mengambil berat... Sedang yang lain kian menjauh kerana saya lain dari mereka. Sungguh lega selega-leganya. Harapan saya agar walaupun selepas ini masalah itu akan tetap membebani seiring perjuangan saya dalam GCSE, saya tetap menyemat impian untuk menghargai persahabatan yang pernah terjalin di masa lalu, seperti ilmu yang menemukan saya dengan kata-kata azimat ini : Celebrate the love that you have shared with your loved ones, but don't hide from it. 

Walau takut andai semakin lemah di masa hadapan, tetapi pepatah Inggeris berkata : You've got to be scared to be brave. Saya terasa semakin yakin. Inilah coretan dariku untuk kalian yang cuba untuk menjadi seorang mukmin yang tabah dan sabar dalam menghadapi ujian, benar ia senang dan manis untuk ditutur tetapi begitu sakit dan perit untuk dilalui. Tetapi ingatlah tidaklah sesuatu itu terjadi melainkan terdapat ibrah dan mutiara yang dapat diambil yang kemudiannya menjadikan kita 'seseorang' di waktu hadapan. Anggaplah ini sebagai tarbiah untuk kita menjadi semakin kuat nun di hujung perjalanan. Kerana ilmu kita sebagai manusia amatlah terbatas dibandingkan dengan ilmu Allah.

Ini, khas buat meredhakan hati saya sendiri dan juga sahabat-sahabat yang menaruh kepercayaan untuk meluahkan masalah kalian buat diri ini. Diri ini bukanlah sempurna, kerana ada sesuatu yang membuatkan aku menjadi 'sesuatu' kerana itu, andai ada tersilap di mana-mana, tampillah ke hadapan dan didiklah diri ini. Semoga Allah redha.