MUKMIN YANG SABAR DALAM UJIAN

Setelah lebih dua tahun saya memendam mengenai kemelut hati yang dirasai sekian lama itu, akhirnya saya 'terluahkan' perkara itu kepada dua orang kawan yang masih setia mengambil berat... Sedang yang lain kian menjauh kerana saya lain dari mereka. Sungguh lega selega-leganya. Harapan saya agar walaupun selepas ini masalah itu akan tetap membebani seiring perjuangan saya dalam GCSE, saya tetap menyemat impian untuk menghargai persahabatan yang pernah terjalin di masa lalu, seperti ilmu yang menemukan saya dengan kata-kata azimat ini : Celebrate the love that you have shared with your loved ones, but don't hide from it. 

Walau takut andai semakin lemah di masa hadapan, tetapi pepatah Inggeris berkata : You've got to be scared to be brave. Saya terasa semakin yakin. Inilah coretan dariku untuk kalian yang cuba untuk menjadi seorang mukmin yang tabah dan sabar dalam menghadapi ujian, benar ia senang dan manis untuk ditutur tetapi begitu sakit dan perit untuk dilalui. Tetapi ingatlah tidaklah sesuatu itu terjadi melainkan terdapat ibrah dan mutiara yang dapat diambil yang kemudiannya menjadikan kita 'seseorang' di waktu hadapan. Anggaplah ini sebagai tarbiah untuk kita menjadi semakin kuat nun di hujung perjalanan. Kerana ilmu kita sebagai manusia amatlah terbatas dibandingkan dengan ilmu Allah.

Ini, khas buat meredhakan hati saya sendiri dan juga sahabat-sahabat yang menaruh kepercayaan untuk meluahkan masalah kalian buat diri ini. Diri ini bukanlah sempurna, kerana ada sesuatu yang membuatkan aku menjadi 'sesuatu' kerana itu, andai ada tersilap di mana-mana, tampillah ke hadapan dan didiklah diri ini. Semoga Allah redha.



Ku lihat Newsfeed facebook ku sendiri, banyaknya ragam manusia yang dapat ku nilai. Ada yang membuta tuli, ada yang kafir sedang mereka tahu kebenaran, ada yang kafir kerana suara kebenaran tak pernah sampai kepada mereka! Semoga Allah mengampunkan mereka kerana mereka tidak tahu dalam ilmuku yang terbatas ini.

Tetapi ada yang menyerahkan cinta mereka kepada Islam deen yang haq ini. Kepada Allah dan Rasul dan juga menjadikan facebook sebagai medan untuk meluahkan cinta buat ummat ini. Inilah pelbagai yang ku baca dan ku nilai tentangnya. 


My analysis : "Don't depend too much on anyone in this world because even your shadow leaves you when you're in the darkness." -Ibn Taimiyyah


My Analysis : Menghulurkan tangan buat mereka yang memerlukan hidayah dalam dunia dakwah..Itulah erti hidup pada memberi. Teruskan ukhti! <3


My Analysis : "Lighting a candle or cursing the darkness." Banyak mereka tidak tahu ajaran Islam yang sebenar. Adakah kita ingin berkata-kata dalam diam seperti ini atau mulakan langkah pertama dalam jalan dakwah?


My Analysis : No comment (^_^) Teruskan dalam menggunakannya sebagai medium untuk berdakwah :)

Ku berfikir lagi, manusia itu memang sifat dan kefahamannya berbeza oleh pelbagai faktor yang bermacam dan pelbagai. Tetapi yang menjadikan mereka semua itu 'seperti itu' mempunyai pelbagai sebab yang padaku banyak dipengaruhi oleh cara mereka membesar dalam suasana sekeliling serta didikan ibubapa. Tetapi ia tidak terhenti di situ, terkadang kawan-kawan pengaruhnya lebih besar dari didikan di rumah. Kerana itu elakkanlah mengumpat dan mencaci, kerana kita tidak tahu perjalanan hidup mereka yang sebenar-benarnya yang andai kalau kita lalui sendiri, entah tumbang atau terbalik lebih teruk lagi!

Maka dengan itu aku pun bersedia membuka e-mel sementara berniat setengah jam lagi akan mula belajar. Alhamdulillah, aku tidak punya halangan apabila dalam pilihan ingin membuat kerja sekolah atau 'main' ketika di internet. Kerana kebiasaannya kerja yang memerlukan internet agak 'menyeronokkan' kerana aku boleh memilih ikut selera - Video, gambar, artikel, tutorial, documentary dan sebagainya.

Tetap ku ingati, manusia itu dibesarkan oleh suasana tertentu yang ku tidak tahu. Mereka melalui apa yang mungkin ku tidak lalui. Berfikirlah dengan terbuka, wahai diri!

Beberapa emel dibaca. Tidak pasti apa yang ku rasa, tersenyum kerana aku turut melaluinya. Bersedih kerana aku memahami dan merasai. 

Dua kali lima!

*********

1) Buat mukmin yang merasakan kesedihan itu satu kelemahan,

Islam bukanlah agama yang menentang fitrah manusia. Maksud dari rukun iman yang keenam bukanlah bererti kita langsung tidak boleh menangis atas ujian. Masakan tidak, Surah An-Najm (53) Ayat 43 berkata:
Maksudnya : Dan (bahawa sesungguhnya) ; DIA lah yang membuatkan seseorang itu tertawa (bergembira) dan membuatkan seseorang itu menangis (berdukacita).

Justeru menangis bukanlah satu kelemahan, bahkan baik untuk kesihatan kerana kimia yang berbahaya dikeluarkan melalui air mata. Bahkan antara kajian yang menunjukkan wanita menangis empat kali lebih banyak dari lelaki membuatkan wanita hidup lebih lama dari lelaki. Bahkan, jenis kimia itu juga berbeza-beza mengikut sebab seseorang itu menangis (e.g. takut, sedih, rindu) - Kajian Dr. Fadzilah Kamsah.

Ketahuilah wahai mukmin yang merasakan tiada tempat untuk menangis di atas ujian,

Apabila kita menangis, tembok ego itu seakan runtuh lantaran dirobohkan oleh rasa rendah diri. Hati lebih lembut dan senang untuk bertaubat dan teringatkan kesalahan yang dilakukan. Hati juga lebih lunak untuk pergi mencari Tuhan. Sungguh Allah amat menyukai hamba-hambaNYA yang datang meminta pertolongan dan 'bermanja' dengan TUHAN seperti yang dikatakan lagi dalam Al-Quran : 
Maksudnya : Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. [Surah Al-Baqarah (2) Ayat 153]

Begitu juga janji Allah bagi mereka yang sedikit sekali kegembiraan mereka di dunia ini lantaran mempertahankan iman mereka dalam Surah At-Taubah (9) Ayat 82 : 


فَلۡيَضۡحَكُواْ قَلِيلاً۬ وَلۡيَبۡكُواْ كَثِيرً۬ا جَزَآءَۢ بِمَا كَانُواْ يَكۡسِبُونَ 
Maksudnya : Oleh itu bolehlah (bagi) mereka (yang) ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis (kegembiraan) banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan.  


Bermacam lagi ayat yang menunjukkan tangisan itu bukanlah satu perkara yang hina, bahkan peransang bagi menghadap Allah Azza Wa Jalla : "Dan mereka (akan) segera tunduk sujud sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan kekhusyukan mereka." [Surah Al-Isra' (17) Ayat 109]


Maka, menangislah padaNYA. Bukankah Tahajud kasih itu menambah kekuatan? Ku tahu biarpun kita mempunyai ALLAH dalam hidup ini, keinginan kita sebagai manusia untuk mempunyai seorang sahabat itu tidak dapat dinafi. Kita tetap berasa sedih... Tetapi bagi hati mukmin yang meyakini janji ALLAH, bertahanlah buat seketika. Pepatah Inggeris berkata : Celebrate the love that you have shared with your loved ones, but don't hide from it...


Maka mengadu lah pada Dia agar hatimu teguh di atas landasan yang benar, tetapi janganlah dijual agama itu semata-mata kerana perhatian manusia.


2) Buat mukmin yang sedang bersedih atas ujian...

Kata Saidina Umar Al-Khatab Ra, keadilan itu adalah syurga bagi orang yang dizalimi. Tetapi keadilan itu adalah neraka bagi orang yang menzalimi.

Dapat difahami dari kata-kata Sahabat Nabi ini, sungguh satu kebaikan itu dibenci oleh orang yang munafik, tetapi didamba oleh mereka yang soleh. Sememangnya objektif mereka yang membencimu itu adalah tidak baik dan agar engkau lemah semangat sepanjang masa. Tidak salah pula untuk menangis dan bersedih, tetapi bagi orang yang mukmin yang sabar dalam ujian, mereka bersedih kena pada tempatnya, tugasan mereka tidak akan terbengkalai dek kerana urusan peribadi. Andai engkau seorang pelajar, JANGAN biarkan pelajaranmu menjadi mangsa. Kerana itu BUKAN solusinya!

Tetapi bagi orang mukmin yang sabar, ujian itu dijadikan sebagai peransang untuk maju ke hadapan. Kini aku dalam kesusahan, tidak mungkin ingin berada dalam takuk yang lama hingga ke akhir hayat. Ingatlah ALLAH memberi ujian untuk menguatkan, bukan melemahkan!

Bersabarlah dalam bersabar. Ingatlah bagaimana sejarah membuktikan kuasa sabar sebegaimana dalam ayat cinta ALLAH yang sangat indah dan manis ini...


Maksudnya : Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti. [Surah Al-Anfal (8) Ayat 65]

Bagi mereka yang bersabar, kesabaran itu adalah penyebab mereka untuk maju ke hadapan, bukan alasan untuk semakin ke belakang. Ku masih ingat pandangan seorang penulis non-muslim mengenai muslim yang pernah ku baca dua tahun lalu : Muslims believe there's always a reason of what had happened and believe that Allah has arranged it for a reason, which is why Muslims nowadays are always left behind because of their faith on Allah's plan.

Bangunlah wahai para mukmin sekalian! Berapa lama lagi kalian ingin biarkan nama Islam dipijak? Bukankah kata-kata di atas menunjukkan betapa banyak yang salah faham mengenai takdir yang ditentukan. Masalah yang dihadiahkan adalah agar kita menjadi seorang yang bijak dan tangkas dalam menyelesai masalah, bukan agar kita mundur lantaran "percaya".

3) Buat mukmin yang mengimpikan kekuatan...

Kekuatan itu bukanlah sesuatu yang harus ditunggu. Kekuatan bukanlah satu fenomena seperti matahari terbenam yang mesti dinanti untuk menyertai ketibaannya. Tetapi kekuatan adalah seperti mutiara yang jauh di dasar lautan, yang mustahil untuk diperoleh melainkan diselami ke dasarnya dan dicari tanpa berputus asa. Kekuatan bukanlah sesuatu yang dapat diumpamakan seperti tanggal 29 Februari yang mesti dinanti setiap empat tahun. Tetapi kekuatan adalah laksana permata paling berkilau yang tersembunyi di dasar hutan. Banyak akar dan binatang yang menjadi cabaran yang harus ditongkah untuk menggapainya. Bukan semudah untuk ditunggu. Kekuatan itu perlu dibina, bukan ditunggu atau dimimpikan.

Andai kesukaran dan ujian itu memerlukan keteguhan hati sesama insan, janganlah mencaci maki dan meletakkan kesalahan di atas bahu sesama sendiri kerana ALLAH lebih menyukai mereka yang bersabar dan bercekal hati, bermusyawarah atas apa yang terjadi.


Maksudnya : Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. [Surah Al-Anfaal (8) Ayat 46]

4) Buat mukmin yang menginginkan teman dan sahabat yang setia...

Ku akui aku juga mengalami kemelut hati yang sama. Ketika mereka berkata ;

"Looking at old picture and wishing that you can go back to those moments"

Aku seakan mula terasa hiba kerana rakan-rakanku di sini tidak sama. Andai kalian inginkan sesuatu, bukankah ada alternatif yang mujarab selalu?

B.E.R.D.O.A

Ingatlah sejarah mengatakan pada saat Fir'aun menganiaya mereka yang beriman, para manusia yang mukmin berdoa kepada Tuhan mereka dengan kata-kata :




Maksudnya : "Dan tidaklah engkau (hai Firaun) marah (dan bertindak menyeksa) kami melainkan kerana kami beriman kepada ayat-ayat Tuhan kami, ketika sampainya kepada kami". (Mereka berdoa): "Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)". [Surah Al-'Araaf (7) Ayat 126]


Dalam Arabnya seperti dalam ayat di atas :  رَبَّنَآ أَفۡرِغۡ عَلَيۡنَا صَبۡرً۬ا وَتَوَفَّنَا مُسۡلِمِينَ


Wahai sahabat-sahabat yang kini dalam ujian...

Bagi yang mukmin, hidup dan mati mereka buat Allah. Ku tahu bercakap memang senang. Tetapi serahkanlah segala-galanya pada DIA. Yakinilah bahawa doa itu andai tidak dimakbulkan bererti Allah pasti merancang sesuatu yang lebih baik atau kita kan dibayar nun di akhirat sana. Lagipula, inilah kesempatan buat kita menambah pahala yang bakal menghapus dosa. Jadikan pahlawan Islam sebagai contoh yang baik, mereka mengorbankan segala-galanya demi meraih redha Allah dan Rasul.

Paling penting, ingatlah bahawa kehidupan ini umpama institusi pendidikan yang menyediakan tarbiah dan ta'lim bersama. Detik-detik yang mendidik agar kita belajar. Seperti di di sekolah yang selepas proses pendidikan dan pembelajaran kita pasti diuji keyakinan, kebolehan dan pengetahuan. Seterusnya ilmu itu seharusnya dipraktikkan sepanjang hayat. Begitulah juga universiti kehidupan ini, suasana yang mendidik agar kita belajar, kemudian ujian bertali arus melihat ketahanan dan kebolehan kita yang boleh menjadi "bukti" bahawa kita adalah orang yang hebat!

Menerusi kertas ujian di sekolah itu kita tahu markah mereka yang tinggi itu mereka yang berusaha keras selama ini. Banyak rintangan, waktu dan tenaga yang dikorbankan demi ilmu. Andai kalian terdiri dari mereka yang dapat melepasi ujian di dewan peperiksaan, kenapa tidak di universiti kehidupan ini?

Sahutlah cabaran! Muslim yang produktif itu dapat dilahirkan melalui ujian!

Akhirnya, jika ujian yang sedang kalian lalui itu sama sepertiku, ingatlah Firmanullahhi Ta'ala  yang menjadi amaran dan juga buat meyakinkan kita ini : 

Maksudnya : Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan hati mereka; dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Dan kalau kamu sabar dan bertaqwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan. [Surah Ali-Imraan (3) Ayat 120]


Yakinilah, Allah itu Maha Melihat dan Benar terhadap apa Yang Dia Janjikan. Jangan ragui, tetapi letakkan kepercayaan dan berserahlah sepenuhnya kepadaNya. Semoga coretan ini dapat memberi secebis kekuatan buat diri ini sendiri, sekaligus buah tangan buah sahabat-sahabat yang jauh di perantauan. Pepatah Inggeris juga berkata - No matter where you are and where do you hide, there is always somebody that is loving you, somewhere and somehow. Mereka percaya ia hanya terhad kepada manusia. Kita?


Mencari Dan Terus Mencari Damai Yang Hilang
Jumpa Lagi, Insyaallah


Iffah Nabiha Ahmad Jailani
24 Oktober 2011

Comments

Macedonia said…
^_^ assalamualaikum.

hmm mmg dlm dilema, hidup mcm roda, sekejap di ats sekejap dibawah. Kadang terasa dekat, sesaat kemudian jauh dan semakin jauh...bila jatuh, pedihnya utk bangun kembali. Iman itu sentiasa digoncang, bolehke saya umpamakan seperti goncangan bumi pada hari kiamat atau goncangan arsy Allah apabila seorang isteri meminta cerai dari suami?

Adik Iffah...kadang2 hati ini berbicara pada Allah.

(baca dgn sedih tau, sbb hati ni tengh sedih)

How do I meet you my Lord?
How do I have faith in you?
How do I make my heartbeats impatient for you?
How shall I give you my heart?
How do I fall in love with you???

"Looking at old picture and wishing that you can go back to those moments"

Jazakumullah ^_^.
Sayu baca :)

Inshaallah next article mengenai : A.L.L.A.H

Jangan pandang belakang. Jadikan memori semalam sebagai asbab untuk kita meneruskan perjalanan. Menuju ke destinasi hadapan (^_^)

Love,
Iffah

Popular Posts