Muqaddimah

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, Pemurahnya DIA dengan izinNya mempunyai kesempatan untuk menulis pada masanya. Namun, komitmen sebagai pelajar Year 10 mungkin menyebabkan keperluan meluangkan masa untuk pelajaran lebih utama buat seketika. Afwan andai jarang menulis. Moga bermanfaat apa yang ada :)

Saturday, 31 December 2011

BERKAWAN DENGAN NON-MUSLIM

Bismillahirrahmanirrahim

Dari tajuk, saya kira banyak pembaca yang sudahpun tahu hukumnya secara pasti.

Sebab tu tulis :)

Saya teringat satu ketika dahulu datang satu mesej di facebook, berdalilkan Surah Al-Ma'idah(5) ayat 51-52, tafsirannya tentang berkawan dengan non-muslim adalah salah.
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.

Maksudnya: Dalam pada itu, engkau lihat orang-orang (munafik) yang ada penyakit dalam hatinya segera berusaha mendampingkan diri kepada mereka (Yahudi dan Nasrani), sambil berkata: "Kami takut bahawa kami akan ditimpa bencana (yang memaksa kami meminta pertolongan mereka)". Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada RasulNya dan umat Islam) atau mendatangkan sesuatu hukuman dari sisiNya (terhadap golongan yang munafik itu); maka sebab itu mereka akan menyesal mengenai apa yang telah mereka sembunyikan dalam hatinya.

Adakah firman Allah SWT di atas dibicarakan tentang kesemua golongan Yahudi dan Nasrani, ataupun hanya segelintir yang berkaitan sahaja?

Mungkin, dengan membaca ayat di bawah ini boleh menjawabnya :)

Maksudnya: Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (Surah Al-Mumtahanah(60);8)

Maksudnya: Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.(Surah Al-Mumtahanah(60);9)

Dalam ringkasan, dalam Islam kita tidak dilarang untuk berkawan dengan non-muslim, apatah lagi bagi kebanyakan manusia hari ini yang bukannya beragama Nasrani dsb sendiri, tetapi hanyalah golongan agnostik atau ateis.

Tidak dilarang untuk berkawan selama mereka tidak bertindak ganas terhadap Islam.

Selama mereka bukan musuh ketat Islam.

Jika mereka adalah golongan ini, maka hukumnya kembali kepada ayat Al-Quran yang diberi ; 5:51, 60:9

Tatkala kita berkawan dengan mereka, ingat pula tanggungjawab kita sendiri.

Okay, pendek sahaja artikel kali ini. I'm running out of time. Bukan apa-apa pun, cuma tak boleh lama-lama depan komputer ni :)

Biarpun pendek, saya harap ianya bermanfaat andai kita dipersoalkan oleh mana-mana manusia yang terkeliru oleh perlbagai tafsiran hari ini. Selain, menjadi sebab agar kita tahu apa yang kita perbuat.

Alhamdulillah.

Mencari dan terus mencari damai yang hilang

Jumpa lagi, Inshaallah

Iffah Nabiha Ahmad Jailani

31 disember 2011

Monday, 19 December 2011

BERANI DALAM BERSUARA

Alhamdulillah Ya Allah, akhirnya punya kesempatan untuk menulis di waktu ini.


Semenjak Year 9 membuka tirai pada 7 September lalu, hanya satu artikel sahaja yang berjaya saya tulis.

Atas dasar kekuatan. Kerana saya mula merasa, menulis itu kekuatan saya. Benarlah upbringing seorang kanak-kanak menentukan kerjaya, karakter, personaliti dan apa yang menjadi kekuatan kepada seseorang.

Saya membesar dengan kecintaan kepada novel. Terkadang Ummi menegur ketaasuban saya terhadap novel. Maka, antara kekuatan saya adalah penulisan.

Apabila saya mula memegang identiti sebagai pelajar Year 9, saya terasa semakin serasi dengan kehidupan di sini. Hubungan saya dengan kawan-kawan menjadi jauh lebih baik apabila semakin banyak keperluan untuk bekerjasama memandangkan coursework, belajar berkumpulan dsb. menjadi satu keperluan.

Semakin baik hubungan bererti semakin banyak yang menyaksikan apa yang saya praktikkan sebagai seorang muslim. Semakin banyak insiden mereka ternampak saya bersembahyang di dalam bas, cara saya respon kepada sesuatu dan dari situ banyak pengalaman dan mutiara ilmu yang saya pelajari dan dikutip saban hari.

Walaupun, banyak kondisi yang menduga lantaran ada 'harga' yang perlu dibayar untuk tiap kesenangan, kita perlu menyemat prinsip yang teguh kerana apa yang tiap seorang muslim mesti percaya adalah kehidupan yang kedua - di akhirat sana.

Saya mula teringat perjalanan saya semenjak saya mengetahui saya akan berhijrah ke UK, seringkali saya tersenyum mengingati susah senang yang dilalui. Menjadi seorang yang sudah 'boleh berfikir' untuk berhijrah ke tempat lain bukanlah semudah yang disangka. Kerana, minda seorang anak kecil yang tidak mengerti yang lain biasanya menurut yang dewasa. Tetapi minda seorang anak kecil yang boleh berfikir akan mempunyai bantahan dan beberapa perkara yang menghalang dirinya dari berfikir tentang hikmah yang Allah telah tentukan.

Mungkin saya tergolong dalam 'anak kecil' yang kedua, kerana saya memang melakukan kesilapan dalam menghukum satu keadaan. Tetapi Subhanallah, saban hari, hijrah ke UK inilah yang menjadikan saya yang hari ini. Saya sendiri tidak sedar, personaliti saya sendiri yang agak terbuka dalam bersuara rupanya diasah dengan kehidupan di sekolah.

Pulang ke rumah, hampir setiap hari Ayah dan Ummi menjadi tempat berbincang, bagaimana saya akan menjawab pertanyaan kawan-kawan saya di sekolah. Dan ups, ada kawan-kawan saya yang datang ke blog ini dan translate apa yang saya tulis. Maaf jikalau anda adalah salah seorangnya :-P

Banyak yang menjadi topik perbualan. Satu yang saya belajar, adalah tidak boleh terlalu serius ketika berbicang atau 'bergaduh' dengan mereka. Saya sering ketawa di hujung ayat yang saya utarakan. Just the fact that I don't want them to take it very seriously :-)