BERANI DALAM BERSUARA

Alhamdulillah Ya Allah, akhirnya punya kesempatan untuk menulis di waktu ini.


Semenjak Year 9 membuka tirai pada 7 September lalu, hanya satu artikel sahaja yang berjaya saya tulis.

Atas dasar kekuatan. Kerana saya mula merasa, menulis itu kekuatan saya. Benarlah upbringing seorang kanak-kanak menentukan kerjaya, karakter, personaliti dan apa yang menjadi kekuatan kepada seseorang.

Saya membesar dengan kecintaan kepada novel. Terkadang Ummi menegur ketaasuban saya terhadap novel. Maka, antara kekuatan saya adalah penulisan.

Apabila saya mula memegang identiti sebagai pelajar Year 9, saya terasa semakin serasi dengan kehidupan di sini. Hubungan saya dengan kawan-kawan menjadi jauh lebih baik apabila semakin banyak keperluan untuk bekerjasama memandangkan coursework, belajar berkumpulan dsb. menjadi satu keperluan.

Semakin baik hubungan bererti semakin banyak yang menyaksikan apa yang saya praktikkan sebagai seorang muslim. Semakin banyak insiden mereka ternampak saya bersembahyang di dalam bas, cara saya respon kepada sesuatu dan dari situ banyak pengalaman dan mutiara ilmu yang saya pelajari dan dikutip saban hari.

Walaupun, banyak kondisi yang menduga lantaran ada 'harga' yang perlu dibayar untuk tiap kesenangan, kita perlu menyemat prinsip yang teguh kerana apa yang tiap seorang muslim mesti percaya adalah kehidupan yang kedua - di akhirat sana.

Saya mula teringat perjalanan saya semenjak saya mengetahui saya akan berhijrah ke UK, seringkali saya tersenyum mengingati susah senang yang dilalui. Menjadi seorang yang sudah 'boleh berfikir' untuk berhijrah ke tempat lain bukanlah semudah yang disangka. Kerana, minda seorang anak kecil yang tidak mengerti yang lain biasanya menurut yang dewasa. Tetapi minda seorang anak kecil yang boleh berfikir akan mempunyai bantahan dan beberapa perkara yang menghalang dirinya dari berfikir tentang hikmah yang Allah telah tentukan.

Mungkin saya tergolong dalam 'anak kecil' yang kedua, kerana saya memang melakukan kesilapan dalam menghukum satu keadaan. Tetapi Subhanallah, saban hari, hijrah ke UK inilah yang menjadikan saya yang hari ini. Saya sendiri tidak sedar, personaliti saya sendiri yang agak terbuka dalam bersuara rupanya diasah dengan kehidupan di sekolah.

Pulang ke rumah, hampir setiap hari Ayah dan Ummi menjadi tempat berbincang, bagaimana saya akan menjawab pertanyaan kawan-kawan saya di sekolah. Dan ups, ada kawan-kawan saya yang datang ke blog ini dan translate apa yang saya tulis. Maaf jikalau anda adalah salah seorangnya :-P

Banyak yang menjadi topik perbualan. Satu yang saya belajar, adalah tidak boleh terlalu serius ketika berbicang atau 'bergaduh' dengan mereka. Saya sering ketawa di hujung ayat yang saya utarakan. Just the fact that I don't want them to take it very seriously :-)


Story 1

"WHAATTT?!?!"

"Lolololololol, look at her face!"

"You have got to be kidding me."

"Are you shocked?"

"Too much."

"What, you're shocked of me doing that? Hello, Iffah. This is Haughton School, okay. Take it easy."

"Iffah don't be silly. You know what she's like...."

"Well, yeah but, I don't expect her to... Oh my God, but not.. that... oh....dear."

.....

"I'm so going to cry out of laughter now!"

We burst out laughing. She asked if she can still be a muslim while doing what is wrong in the religion, I gave the answer and she started to list EVERYTHING that she did, and okay, fair enough. I didn't know what to say.

It is really bad, but hey, I told her that it's up to her. She does know that she is bad, well, that was what she said.

Story 2

"Considering you did ask me quite a lot of questions, how about if I take my turn?"

"Go ahead."

"Are you a Christian?"

"Well, my mum is a Christian. But she told me and my sister that we can make our own choice. My sister chose to be a Christian."

In my head right, I went like, hello, you didn't even answer my question...


"So you're not?"

"No, I don't believe in God."

"Oh my, we're so going to have a debate about this!" I laughed. Both of us do have arguments(well, guess that's what you call it) a lot. But the thing that I like is that the arguments always went in a very nice and polite way.

"Go on what do you think?"

"No, what do you think? I mean, why don't you believe in God?"

"Cos', right... Because of evil and stuffs. I mean, like, oh my God, Iffah you know what I'm going to say. We learnt that in RE(Religious Education)."

"Yeah, but right... Well I could mumble about this forever but in a short term, don't you think that God may create evil and suffering for a reason?"

"Yeah but right... What are we on about again?"

"Gosh, you forgot what we're talking about in like, every two seconds!"

"Well, sorry."

We laughed.

"About God isn't real." A girl interrupted.

"Oh yeah. God isn't real."

"He is."

"He isn't."

"He is."

"No He isn't."

"Oh, shut up!"

"No cause look, right Iffah. If one day it is proven that God doesn't exist-

"Which is not going to happen." I interrupted and smiled.

"Whatever but yeah. If one day it is proven that He doesn't exist, like, how would you feel, like, you've been wasting your whole life praying five times a day and that lots of rules and-

"Oh hey, look right. If God doesn't exist, when I die my body will be destroyed by the time and that's the end of it. I'm not going to be punished or anything alike, but if God does exist, what will happen?"

Both of them just stared at me. Er, okay, sorry if I hurt you.

"I'm sorry if you're not very comfortable talking about this-

"Oh my God, stop saying "sorry"-

"Okay sorry."

And we laughed again.

"Well, oh my God, Iffah-

"Well stop saying "oh my God, Iffah"-

"Well stop saying "Well"-

"Well YOU need to stop saying "Well" aswell-

"Well, what?!"

We laughed.

"Well, I don't know, Iffah. It's just impossible."

To be honest, I don't want them to feel like I want to argue with them about this. Just a note, I've got to respect the fact that the majority of the english people aren't religious. Nor atheist either. Can't even say agnostic. They're just like, not anything.

"I understand." I finally ended the conversation.

*****

There are many more that I can tell. Semuanya banyak memberi impak dan erti yang besar dalam diri saya. Semakin hari, banyak saya pelajari dan kesan dari cara hidup saya hari ini banyak memberi impak kepada cara mereka bergaul dengan saya. Kesemuanya hadir dengan pelbagai cara menunjukkan individualiti yang unik dan mencerminkan pandangan mereka terhadap personaliti seseorang.

Saya kira, ada kisah-kisah yang meletakkan garisan yang membataskan coretan saya di sini. Terkadang menulis yang suka dan yang manis itulah pengubat bagi tiap memori duka. Tidak akan digapai yang senang andai tiada arus melintang yang menghalang kesenangan. Realiti hari ini banyak menunjukkan. Tiap seorang dari kita mempunyai perjalanan kehidupan yang tersendiri.

Dua tahun lalu, pandangan saya terhadap kehidupan saya di sini jauh berbeza dengan fikiran saya hari ini. Terutama menjejak ke lembah Year 9 ini, lebih banyak waktu dan kerjasama dengan kawan-kawan di sini yang saya luangkan.

Terbit perasaan sayang kepada mereka. Dengan perbualan mengenai Islam, sungguh saya ingin mereka tahu, bahawa Islam, kebenaran yang saya yakini ini, kini menjadi tanggungjawab saya untuk menjelaskan mesej islam yang sebenar.

Bukan apa yang mereka sangkakan mengenai Usamah bin Ladin a.k.a. Osama BinLaden.

Bukan hanya ajaran lama yang tidak membawa erti apa-apa pada zaman moden.

Bukan hanya rekaan semata-mata.

Saya fikirkan sahabat-sahabat yang saya rindui dan sayangi sentiasa di Malaysia, sungguh saya ingin pulang membantu mereka sama-sama memperbaiki diri masing-masing dalam usrah dsb. bagi menuju destinasi yang satu.

Saya fikirkan kawan-kawan di sini yang sekali-sekala menjadi penghibur saya ketika saya membantu mereka dalam hal-hal duniawi. Dan tiap apa yang saya pelajari setiap kali kami berbicara mengenai Islam.

Tetapi realitinya, saya tidak tahu kenapa, ada sesuatu yang bermain dalam fikiran saya. Satu dugaan yang seringkali membuatkan saya serba salah.

Entahlah. Mungkin dahulu, saya kurang suka untuk bermastautin di sini. Kini, saya sedar banyaknya ibrah yang dapat saya kutip. Saya sedar banyak kumpulan di Malaysia termasuk saya sendiri banyak membuat kesilapan seperti kita ingin agama kita difahami. Tetapi kita kita sendiri tidak memahami agama lain.

Saya ingin perbetulkan kefahaman kawan-kawan di Malaysia, banyak melabel agama lain sebagai 'stupid' dan sebagainya.

Ya Allah. Syukurlah, DIA amat Maha Mengetahui sebab-sebab atas segala sesuatu yang terjadi. 'Stereotype', 'prejudice', 'discrimination', 'islamophobia' semua saya pelajari di sini. Saya ingin menyemat impian, impian yang sudahpun terlakar dalam minda saya. Tetapi saya sendiri tidak tahu apa namanya.

Mesej saya dalam artikel ini, saya sendiri tidak pasti. Mungkin sekadar tulisan. Entahlah. Doakanlah agar kekaburan saya ini tidak berpanjangan.

Walaubagaimanapun, ada sesuatu yang saya peroleh yang saya kira sungguh berharga. Kini, saya mula belajar untuk berani dalam bersuara. Terutama, mengenai agama. Hak saya sebagai seorang muslim.

Alhamdulillah.



Mencari dan terus mencari damai yang hilang

19 Disember 2011

Iffah Nabiha Ahmad Jailani

Comments

Popular Posts