Muqaddimah

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, Pemurahnya DIA dengan izinNya mempunyai kesempatan untuk menulis pada masanya. Namun, komitmen sebagai pelajar Year 10 mungkin menyebabkan keperluan meluangkan masa untuk pelajaran lebih utama buat seketika. Afwan andai jarang menulis. Moga bermanfaat apa yang ada :)

Saturday, 25 August 2012

REMAJA YANG MENCARI KEKUATAN...

Subhanallah, wal hamdulillah, wa la ilaha illallah, allahu akbar.

Allahumma solli wa sallim 'ala, sayyidina muhammad, wa 'ala alihi wasohbihi wa sallim tasleema.

Ramadhan sungguh dirindui. Keberkatan bulan itu memancarkan ketenangan bagi hati-hati yang mencari keredhaan.

Tetapi untuk mencari damai, tenang dan kekuatan, bukanlah hanya mengharap pada kebergantungan ke atas bulan Ramadhan sahaja. Ianya adalah madrasah bagi orang beriman untuk melepasinya bersama ijazah taqwa, yang seterusnya memberikan kita kemampuan untuk meneruskan hidup dengan taqwa yang sungguh tinggi kepada Allah SWT.

Seminggu sahaja lagi cuti sekolah bersisa, antara yang saya perbuat selain cuba untuk menyiapkan kerja sekolah adalah juga menghubungi kawan-kawan saya di Malaysia. Masa diperuntukkan di alam maya agak lama berbanding hari-hari biasa. Beberapa sahabat juga turut meluahkan kerinduan, selain berkongsi cerita, suka dan duka.

Ada yang saya tahu ceritanya tanpa perlu si dia membuka cerita.

Dengan hanya melihat News Feed di facebook, dapat diselami perasaannya.

Wednesday, 8 August 2012

Petang Ramadhan...

Artikel terbaru Ustaz Hasrizal saya baca dengan aliran air mata.

Tak tertahan hiba di dada. Adakalanya, jiwa perempuan senang tersentuh dengan ketulusan.

Bukan semua, tetapi saya di antara mereka yang mudah tertarik kepada sinar keikhlasan. Ikhlas mereka yang menawarkan seluruh kehidupan untuk perjuangan yang bukan sia-sia. Perjuangan yang bermatlamat dalam berjuang. Bukan perjuangan yang bermatlamatkan matlamat palsu semata-mata. Bukan sekadar perjuangan yang bermatlamatkan yang sementara sahaja.

Saya teringat beberapa tahun lepas, saya berada dalam komuniti orang-orang agama. Tetapi apakah saya pernah belajar untuk menilai sesuatu dalam keadilan, saya merasa tidak. Beberapa tahun saya menilai dengan bias dan penuh prejudis semata-mata.

Betapa ramai umat Islam hari ini, yang begitu juga menilai dengan penuh prejudis tanpa sekelumit keadilan? Tiada etika dalam berdakwah. Hanya bersuara lantang dengan penuh yakin dengan hujah emosi tanpa ilmu yang sebenar-benarnya.

Tetapi ini hanyalah suara yang ramai merasa sangat insignificant, seorang anak muda yang sebenarnya dialah yang berbicara tanpa ilmu.

Maka jangan salahkan mereka andai ramai yang hanyut. Andai etika dakwahmu menyebabkan mereka terpesong, semata-mata kerana emosi dan rasa bangga diri!

Kerana mereka yang ada kesedaran, yang ada kemahuan untuk turut serta dalam medan mujahadah, sungguh ada mahu, tapi ramai yang tercicir kerana mereka menganggap yang muda boleh dipandang enteng. Mungkin kemudian ada yang berkata artikel ini adalah suara emosi tanpa ilmu.

Tetapi ini hanyalah wakil, saya sungguh fahami suara mereka yang sedang meniti usia awal remaja. Tolonglah, bimbing mereka dengan didikan. Bukan memesong mereka dengan herdikan.

Sekadar suara emosi di petang Ramadhan. Mungkin boleh dilupakan sahaja.

Mencari dan terus mencari damai yang hilang.

Jumpa lagi, Inshaallah.

8 Ogos 2012

Wednesday, 1 August 2012

Harapan 14 tahun...

Charcoal di tangan menari-nari. Fikiran terbang melayar imaginasi. Mata melirik ke arah gambar di sisi. Bayang kegelapan dilakar di atas kertas bersaiz A2 itu.

Artwork di atas adalah sebahagian dari coursework GCSE saya bagi subjek Art. Page "Sekolah dan GCSE saya" telahpun saya update. Kini, artwork tersebut masih belum siap. Sepanjang cuti 6 minggu ini, kesemua unfinished artwork memang perlu disiapkan, kesemuanya memainkan peranan penting dalam GCSE nanti.
Belakang mula terasa sakit. Tanggal 31 Julai mengingatkan saya, esok harinya, genaplah usia saya 14 tahun. Alhamdulillah ya Allah, Pemurahnya Dia, masih memberi keizinan untukku bernafas di atas muka bumi ini.

"Kakak, buat kerja kena habis. Tak boleh buat separuh lepas tu buat kerja lain pula." Tegur Ummi apabila saya belum habis menyelesaikan kerja di dapur. "Okay. Kejap. Kena kemas yang ni ni kejap."

Saya mula menghabiskan kerja. Charcoal dibalut dengan kertas surat khabar. Semuanya disimpan lalu dihabiskan pula kerja di dapur. Selesai, saya menghela nafas. Tentunya, perkara yang tak pernah sepi dari menghantui minda kadangkala, mempengaruhi tindakan saya, bagi kebanyakan masa.

Monday, 9 July 2012

Mengiringi ke arah destinasi...

Renyai hujan sedang berlagu. Iramanya menyapa gegendang telinga sekian ramai penghuni bumi Darlington dan sekitarnya. Membasahi lantai dunia, memenuhi lopak-lopak air yang sudahpun dipenuhi air disebabkan hujan sebelumnya. Namun, sesi pembelajaran di Education Village langsung tidak terganggu oleh rintik hujan yang semakin lebat. Termasuklah kelas subjek Matematik yang hanya mempunyai 10 minit sebelum berakhir. Seiring irama hujan yang membasahi bumi, gelak tawa, senda gurau para pelajar bergema dengan meriah sekali.

"She got her jacket from Paul's boutique!" Matthew bersuara. Assessment Question yang sepatutnya diselesaikan diambil mudah. Senang dan tidak memerlukan kerja yang begitu keras, baginya.

"Really?!" Kelsey menjawab secara sarkastik sambil memegang jaketnya.

"Oh chill out, only a banter." Matthew membalas. Saya yang berada di hadapan kedua-duanya dalam posisi membelakangi mereka hanya menyambung kerja. Seketika, saya menutup buku setelah siap.

"Homework on MyMaths.co.uk has been set, you lot! Get it done, it's due on Monday, alright. And get on with the work, please. Matthew you have been talking the whole time, get your head down, get on with the work or you'll be staying back during breaktime." Miss Deakin, guru Matematik yang akan mengambil kelas kami selama dua tahun lagi bersuara.

"Haha!" Kelsey mengenyitkan mata. Matthew hanya mendengus.

"Ifdog!"

Saya mendiamkan diri.

"Iffdooooooooooooog!"

"W..hat?!" Macam-macam nama gelaran yang diberi. Ia memang menjadi satu perkara biasa dan budaya, dikenali sebagai satu bentuk dalam bergurau senda.

"What are we meant to do?"

"It's on the board..?"

"I know that!" Dia masih belum berpuas hati.

"You do the table of values to work out the coordinates and.."

"Okay I'm bored."

"Kay I'll shut up." Geram sebenarnya, dia yang bertanya tetapi tidak mahu mendengar jawapannya. Biarlah.

"What's up with you?" Kelsey bertanya kepada Matthew. "Nawwt...Just, trying to relax." Jawabnya. "Dude, no pain, no gain!"Klip rambutnya ditanggalkan lalu disikat rapi. Matthew lalu membalas,"YOLO!!!!"

Miss Deakin yang selesai membantu seorang pelajar mengangkat muka. Dilihat jarum jam yang sedang berdetik. Jam yang terletak di hadapan kelas ditatap seketika. 20 saat kemudiannya, dia bersuara,"Unless you're Matthew, off you go."

"Yay! Again. " Suaranya berbunyi sarkastik. Seorang pelajar berkata,"YOLO for you."

Kebanyakan pelajar mula mengatur langkah untuk keluar dari kelas termasuklah saya. Pelajar yang berjalan di belakang saya meluahkan pandangannya,"I hate YOLO."

Sunday, 22 April 2012

Ini Haluanku

Ya Allah, ini haluanku.

Ini pilihanku.

Telah ku pilih haluan pembelajaranku yang mungkin hanya membentuk jalan hidupku buat sementara, mungkin juga hingga ke akhirnya. Aku tidak tahu, Ya Allah.. Semuanya dalam pengetahuanMu.

Kata mereka, masa hadapanku cerah. Namun Engkau yang Maha Tahu, padaku, aku nampak semuanya kabur. Tidak terjamin. Sedikit cahaya berada di hujung corong yang tidak mudah untuk aku sampai ke tempatnya. Penuh haluan yang berbeza-beza dengan pelbagai tipuan yang maha hebat. Kaca mata iman mungkin boleh menilainya, namun bagaimana bila iman itu sendiri terpenjara?

Mereka pula tidak tahu dan tidak pernah tahu. Di sebalik kelebihan ini, mujahadah yang mereka tidak pernah tahu, yang disembunyikan itu menyiat-nyiat iman yang masih bersisa.

Haluan yang ku pilih ini atas dasar minat yang mungkin tidak akan berpanjangan, mungkin tidak akan mencipta sesuatu yang lebih besar di waktu hadapan... Dan dengan haluan ini jugalah, aku kini memperjuangkan ilmu di dewan peperiksaan nanti.

Di samping memperjuangkan identiti. Sesuatu yang mereka tidak pernah tahu dan tidak akan faham.

Ya Allah, Engkaulah yang Maha Mengetahui, jangan biarkan aku bersendiri dengan haluan ini. Murahkanlah rezeki, anugerahkanlah najah yang Kau berkati, moga-moga bernilai untuk Islam nanti.

Ini haluanku, aku tidak tahu siapa sebenarnya yang bersamaku? Mereka, dan mereka, dia, dan dia...Jauh di sana dengan kesibukan dunia mereka.

Oh Tuhan, hanya padaMu ku bergantung.

Mencari dan terus mencari damai yang hilang

Jumpa Lagi, Inshaallah

Iffah Nabiha Ahmad Jailani

22 April 2012

Thursday, 22 March 2012

Berilah dia peluang

Dia yang kau katakan celupar mulut itu,

Berilah peluang pada dia,

Dia mungkin tak pernah diajar bagaimana untuk berkias dalam berkata-kata..

Dia yang kau katakan terlalu lembab dalam pelajaran itu,

Berilah peluang pada dia,

Siapa tahu di masa hadapan,

Rezeki menyebelahi dirinya melebihi dirimu...

Dia yang kau katakan tak mengeang budi itu,

Berilah peluang pada dia,

Carilah damai bersama, dia saudara seagama...

Dia yang kau katakan banyak menyusahkan di waktu lalu,

Teruskanlah hidupmu, ikhlaskan hatimu,

Kelak nanti tak bermakna kebaikan yang telahpun hilang pahala..

Andaikan kau simpan sahaja rahsia mereka,

Andaikan kau diamkan sahaja sejarahmu dengan dia,

Inshaallah, sabarmu dibayar oleh pahala,

Bukan dosa si dia yang ditambah-tambah kepadamu lantaran umpatan yang tiada sudahnya.

Kita semua bersaudara, carilah damai bersama.

*Ingatan ini buat diriku juga dan semua. Semoga bermanfaat, Inshaallah.

Mencari dan terus mencari damai yang hilang

Jumpa lagi, inshaallah

Iffah Nabiha Ahmad Jailani
22 Mac 2012

Saturday, 17 March 2012

Maklumat tentang survey

Salam mesra,

Mohon maaf bagi yang telah emel saya mengenai survey. Kebelakangan ini saya tidak dapat mengakses document dan komputer sekolah saya dan emel sekolah saya. Inshaallah kini masalah teknikal itu telahpun selesai. Saya akan hantar semula e-mel buat kalian dalam beberapa hari setelah semuanya kembali seperti sediakala. Afwan sekali lagi.

Mencari dan terus mencari damai yang hilang

Iffah Ahmad-Jailani 9CDO
Haughton Academy, 17 March 2012

Monday, 12 March 2012

WHAT YOU SHOULD KNOW

A letter to you, my friend. Of what you should've known.

They call me that,
And I do feel sad.

I couldn't deny,
For it is not a lie.

But as long as I know who I am,
And who I used to be,
It will all be fine,
Because it is something that I should know.
And only me, the one that knows.

They say that I'm weird,
But what's so awkward, if I act upon what I believe?

It's me, my personality. My identity. Who I am. And who I used to be. And it is something that you should know.

You say that what I wear doesn't represent my 'dignity'.

And you say that the barriers that I put between me and my non-mahrams aren't practical.

And you say that I have been wasting my time, over something that aren't necessary.

And you say that what I believe takes over my life.

That I do not own any right, nor I have any freedom.

But my friend, you have got to know that you, are you. And this, is me.

It's what you should've known,
That you call it torture,
I call it pleasure.
That you call it being forced,
And I call it a choice.
You call it fanatic,
Little do you know,
That you are fanatic to the world of secularism.

And it's something that you should know.

Honey, what you should know,
Is that I'm a Muslim.
A choice that is certainly out of my own free will.
And that will never change.

Mencari Dan Terus Mencari Damai Yang Hilang

Jumpa Lagi, Inshaallah

Iffah Ahmad-Jailani

Haughton Academy, 12 Mac 2012

Sunday, 4 March 2012

Kasih Muallimah

Kau semakin hilang identiti, wahai diri.
Carilah ia semula.

Dahulu, engkau amat sensitif dengan lagu-lagu seperti itu.

Kini, apa pandanganmu?

Lupakah engkau, di tempat itu, dia berkata,

"Ingat Allah sentiasa, nasyid-nasyid dan zikrullah pasti membantu. Lagu-lagu itu, hanya melalaikan. Biarkan ia menjadi yang terakhir dalam pilihan."

Dahulu, engkau amat berhati-hati dengan ikhtilat. Selalu mengambil yang apa yang paling selamat yang dirasakan untuk mawar di taman.

Kini, apa pandanganmu?

Lupakah engkau, di tempat itu, dia berkata,

"Ingat Allah sentiasa ye nak. Sejauh mana kita bersembunyi, Dia tetap nampak. Apa sahaja yang ada di dalam hati Dia sentiasa mengetahui. Peliharalah hati, harapan kami semua sangat tinggi..."

Dahulu, engkaulah yang bangkit menenangkan sahabat-sahabatmu. Dakwah adakah cinta yang begitu indah kau rasakan saban hari. Tetapi kini, apa pandanganmu?

Lupakah engkau, dia sering berpesan...

"Jalan dakwah ini memang penuh ranjau durinya. Hanya yang sanggup menempuhi dan menghadapi segala tohmahan yang beroleh tempat dalam arena ini. Kuatlah ya, kau tidak tahu apa yang menanti di hadapan."

Kini, apa yang tinggal pada dirimu?

Jikalau engkau tiada apa-apa lagi, engkau ingatlah kasih seorang muallimah itu. Pesan-pesan itu diberi bukan sekadar bualan kosong, wahai diri. Mutiara itulah yang jarang sekali dipeduli, walaupun mempunyai nilai yang amat tinggi. Datang dari hati seorang murabbiah. Ikhlas mendidik dan menggilap mutiara agama.

Jikalau engkau tidak mengingati apa-apa lagi, ingatlah..Ingatlah kasih seorang muallimah itu. Kata-kata itu diberi bukan sekadar untuk mencurah ke daun keladi.

Itu adalah kasih seorang muallimah. Telahkah engkau lupa dari mana engkau datang?

Terbit dari kasih seorang muallimah itu jugalah, dia berkata..

"Ingatlah Allah sentiasa, sayang. Dalam keramaian hanya satu yang mengingatiNYA. Tak mahukah nak, menjadi orang itu?"

Muallimah, ana minta maaf!



Mencari dan terus mencari damai yang hilang

Jumpa lagi, Inshaallah

Iffah Nabiha Ahmad Jailani

4 Mac 2012

Ps/ Esok sekolah, fokus, fokus, fokus. Pelajaran itu sungguh mendebarkan. Dalam waktu itu, peliharalah iman...

Wednesday, 15 February 2012

Life as a muslim interview

Salam mesra buat pembaca,
Seiring dengan perjuangan akademik di sekolah, berbagai hasil yang saya terima sepanjang perjalanan saya sebagai seorang pelajar Year 9 ini.

Pahit, manis.

Suka dan duka.

Bermacam rasanya!

Berbanding dengan Year 8 yang saya kira agak santai, Year 9 ini memang terasa getirnya. Moga iman mampu diteguhkan. Doakanlah semuanya.

Kini terdapat satu presentation yang perlu dilakukan yang kami pelajar-pelajar mesti mengumpul informasi dari individu muslim sendiri.

Terdapat survey/interview yang perlu saya lakukan.

Bagi yang ingin volunteer, boleh hantarkan e-mel ye...

E-mel : h09ijailani@educationvillage.org.uk
Facebook : Iffah 'Gl├╝cklich' Ahmad Jailani

Kedudukan sama ada menjadi seorang muslim di negara Islam atau tidak, tidak menjadi masalah. Kalau malu nak cakap, letak je smiley face sebagai isyarat setuju :) Cuma mungkin saya perlu lebih ramai yang berada di UK.

Terima kasih kerana membantu :') Semoga Allah membalasnya dengan lebih baik.

Note, atas urusan ini lebih baik hantar e-mel seperti yang diberi, bukan e-mel yahoo, hotmail, etc kerana saya jarang check e-mel yang lain, tidak seperti e-mel sekolah yang memang kena check selalu :') Di samping itu, nama dan tempat juga akan dimasukkan dan probably umur, cuma boleh pilih untuk letak nama sebenar, nickname, nama penuh etc dan tempat hanya akan diletakkan secara general.


Makluman, HANYA hantar e-mel kerana saya tidak on facebook buat seketika. Ataupun blog. Jadi komen-komen mungkin tidak dibalas. Apa-apa, e-mel sahaja ye? Pelajaran dan kemudahan tidak membenarkan untuk itu. Jazakallahu khairan.

Regards,
Iffah Ahmad-Jailani
15 Februari 2012
Haughton Academy

Wednesday, 8 February 2012

KEKALKAN RINDU

Ku pohon agar Kau bantulah aku untuk mengekalkan rindu ini.

Ya Allah.. Kami sungguh lemah untuk berhadapan dengan ujianMu.

Sungguh kerdil!

Dugaan di perantauan bagaikan hampir berjaya menghapuskan rindu ini. Kian pudar lantaran waktu dan kegemilangan akademik yang dikejar.

Bagaimana aku ingin kekalkan rindu di setiap saat itu Tuhan?

Tuhan, ku pohon agar kekalkan rindu ini. Kekalkanlah..Kekalkanlah.

Rindu padaMu yang tidak akan membuatkan ku tersasar jauh dari landasan.

Walaupun sekian banyak penindasan halus yang menjadi halangan.

Bantulah kami semua. Bantulah sahabat-sahabatku di sana dalam melalui alam remaja. Mereka perlukanMu, jangan Kau biarkan mereka laluinya sendiri.. Dan aku juga di posisi yang sama.. Bimbinglah kami semua.

Agar kami dapat berkumpul di sana dengan saat-saat yang paling indah. Ukhuwwah fillah abadan abada.

Kekalkan rindu ini... Agar cinta pada agama kan terus bersemi.

Ia payah. Telinga ini lebih senang pada perkara yang lagha. Tetapi iman itu tidak mahu kalah dari berbicara.

Merebut perhatian kami semula.

Izinkanlah kami untuk terus tabah menempuhinya. Sungguh medan mujahadah ini adalah laluan bagi orang beriman untk terus melangkah hingga ke destinasi. Izinkan kami!

Iffah. 8 February.

Tuesday, 31 January 2012

ADALAH SEBAHAGIAN...

Walaupun, adakalanya bersendiri.

Tetapi di celah-celah waktu, ada juga yang datang membantu.

 Iya. Mereka bukanlah saudara seagama.

Tetapi ada yang mempunyai hati dan budi pekerti yang mulia. Tak pernah sedetik aku ragui, doaku, agar Allah menyempurnakan kemuliaan yang mereka punya itu.

Ramah dan mesra, tiada hasad dengki, mudah dan murah dengan senyuman, berasa keperluan untuk mengambil berat antara satu sama lain... Mungkin kurang dari sudut tanggungjawab, tetapi, andaikan kau seorang muslim...

Bukanlah apa. Setelah detik-detik yang kita lalui bersama, (atau aku perhatikan sahaja dari kejauhan) tak tergamak melihat kalian terumbang-ambing dalam kejahilan yang kau sendiri tidak ketahui.

Inginku bantumu sahabat, tetapi sejauh mana yang boleh ku buat, amat sedikit yang ku lakukan.

Aku khuatir ianya akan merosakkan hubungan baik ini.

Itu yang menjadi penghalang.

Tetapi, aku akan terus mencuba walau sesekali khuatir itu menyerang juga. Kau tanya soalan, akan ku jawab setakat yang ada pada pengetahuan. Kau minta bantuan, akan ku bantu setakat yang ada pada kekuatan. Kau pujuk dan mengajakku melakukan sesuatu, akan ku penuhi selagi tidak bertentangan dengan agama yang ku anuti ini. Kau mohon pertolongan dalam pelajaran, akan ku tolong dan berikan apa sahaja yang aku ada dalam fikiran.

Tetapi apa sahaja yang telah aku lakukan untuk membantumu bagi kehidupan yang abadi di sana nanti? Sedikitnya. Mampu ku hitung dengan jari jemari.

Hari ini, guru yang mengajar subjek agama kita menganjurkan pertandingan untuk kita membuat presentation mengenai Life as a Muslim.

Sama ada engkau masuk untuk mendapatkan hadiahnya atau sebab-sebab yang lain, akan ku bantu setakat yang terdaya. Tolonglah, carilah apa yang ingin kau tahu.

Mengingatkan azab seksa yang takkan berakhir di sana nanti, sungguh aku berharap dan terus berdoa agar ada cahaya yang datang padamu satu hari nanti. Sekaligus mengubati kebosanan yang sering kau keluhkan saban hari. Hatimu mungkin merasa kosong, lantaran kurang makanan rohani.

Ku baca satu persatu bait-bait tinta seorang hamba Allah. Artikel yang bertajuk Menangis Kerana Cinta itu saya kira baik untuk peringatan kita bersama. Alhamdulillah.

"Kenapa kita menangis? Pastikanlah jawapannya adalah kerana kita merupakan hamba yang sering berbuat dosa. Setiap kata-kata-Nya kita tidak mahu dengar, tidak mahu ikut, bahkan kadang-kadang kita menjauhkan diri kita daripada mendengar kata-kata-Nya dan melawan kata-kata-Nya. Lebih malang lagi apabila kita adalah orang-orang yang berkomplot dalam membuat usaha-usaha menghalang orang lain daripada mendegar kata-kata Allah. Maka menangislah dan bertaubatlah kepada Allah kerana ketika kita menjadi hamba yang degil, masih saja nikmat dari-Nya itu diberikan kepada kita. Diberikan kita peluang untuk bernafas dan terus menikmati kehidupan hari demi hari. Dan lebih pelik lagi, Allah memberikan kita kebaikan-Nya dengan meletakkan kita dalam suasana tarbiyah. Menjadi salah seorang daripada orang yang cuba menghidupkan dakwah pada hari ini. Masihkah kita tidak mahu menangis untuk itu?

Di saat kita memberikan alasan halangan keluarga menjadi sebab tidak dapat menghidupkan dakwah, di saat kita memberikan alasan tidak cukup ilmu menjadi sebab tidak dapat menghidupkan dakwah, di saat kita memberikan alasan sibuk dengan kerja dan ijazah menjadi sebab tidak dapat menghidupkan dakwah, tetapi.. Pernah tidak kita dengar alasan daripada jantung kita untuk berhenti berdenyut kerana kita sedang melakukan perkara maksiat terhadap Allah? Mata kita letih melayan nafsu kita daripada melihat perkara dan benda yang bukan-bukan lalu dia terus mematikan fungsinya? Maaf, tidak! Kerana apa? Kerana Allah masih sayangkan kita, kerana itu Dia tidak memerintahkan jantung untuk terus terhenti dan mata terus membutakan dirinya.

Tetapi, cuba lihat pada diri kita. Pernahkah kita menangis untuk itu? Jika pernah, tanyakan lagi, 

"Kerana apa kita menangis?"

Kerana cinta kepada Allah, Rasul dan Jihad?

Atau kerana masalah-masalah keduniaan yang tidak membawa sedikit manfaat pun untuk kita di akhirat kelak mahupun dunia sekarang."
Ku mula teringatkan sahabat-sahabatku.
Ada sebab aku memikirkan kalian. Kalian kini adalah sebahagian, sebahagian dari memori yang tersimpan kemas dalam lipatan kenangan. Kasih mula berputik, takutkan ia tidakkan membawa erti ukhuwwah ini andai isu akidah itu tidak membawa kita ke semua ke satu destinasi yang sama pasti.
Aku juga belum tentu berakhir pada destinasi yang satu yang diidamkan oleh orang-orang yang beriman itu. Justeru, aku ingin sama menyemat impian agar kita dapat saling mengajak antara satu sama lain ke arah itu.
Ingatlah, kalian kini adalah sebahagian... Walau apapun yang terjadi, ku kan tetapkan agar hubungan ini akan kekal selamanya.
Tangisan itu, untuk akhirat, atau duniakah?
Doaku untukmu. Semoga, cahaya Islam kan menyapa hidupmu di suatu hari.
Indahnya saat itu!
Mencari dan terus mencari damai yang hilang
Jumpa lagi, inshaallah
Iffah Ahmad Jailani, 31 Januari 2012

Tuesday, 10 January 2012

KEKALKAN TAQWA

Musim sekolah telahpun bermula semenjak minggu yang lalu. Alhamdulillah, kurangnya kerja rumah seolah-olah menjadi 'hadiah paling beharga' dariNya, bagaikan diberi ruang untukku menunaikan persiapan iman. Siapkan iman untuk mengekalkan taqwa. Inshaallah, masa-masa itu perlu diluangkan untuk beruzlah sendiri. Mencari damai buat diri sendiri. Berfikir dan terus berfikir.

Fikirkan hala tuju hidupmu.

Mengapa engkau berada di jalan ini.

Ke arah mana yang bakal kau pilih.

Dari mana engkau datang.

Ke mana dan siapa yang akan kau pergi menemui semula.

Apa persiapan yang kau lakukan.

Kadangkala, kita memerlukan waktu untuk diri sendiri. Di waktu kita berada di bawah, iman mendatar dan segalanya terasa lemah, kembalikanlah, cahaya inspirasi yang kian malap itu, duhai remaja. Di waktu inilah kita lebih senang untuk pasrah, berserah diri dan segala-galanya padaNYA. Hanya bergantung kepada DIA.

Andai engkau dapat menemui kemanisan iman di saat engkau tersungkur lemah seperti itu, beruntunglah, bersyukurlah! Nikmatilah keindahan di kala cahaya inspirasi itu mula menyala, terang dan lantang bersuara. Menyinga dan bersiap sedia untuk bertempur di medan mujahadah. Inshaallah, tak mungkin tewas. Kerana kita hanya tewas apabila kita mahu tewas. Ingatlah ia, duhai remaja.

Ku sematkan ingatan ini buat sahabat-sahabatku yang jauh di mata dan semestinya diri sendiri. Semoga ALLAH melindungimu sentiasa. Bahagia dalam hidayahNYA. Doaku untukmu.



Walau satu persatu kekuatanmu jatuh ke bumi, walau seribu dugaan melingkari, kekalkanlah taqwamu, duhai diri.

Jangan kau biarkan dirimu tewas di medan mujahadah ini. Teruskan walau tidak berdaya. Kerana itulah pilihan yang kau ada. Kuat atau lemah, keperitan itu harus dilalui demi menggapai redha ALLAH yang amat manis untuk dikecapi bagi mereka yang bersusah payah mertabiyah diri melalui ujian. Bersabarlah sayang. Kekalkanlah taqwa. Kekalkanlah, kekalkanlah! Agar kita bertemu lagi dalam pertemuan yang paling manis di sana nanti. Inshaallah :') Dengan izinNYA jua.

Mencari dan terus mencari damai yang hilang

Jumpa lagi, Inshaallah

Kerja rumah yang menuntut 'sabar' lagi di saat-saat inspirasi diri sendiri sedang berada 'di bawah' ini. Sabarlah. Kekalkan taqwamu :)

Sunday, 1 January 2012

A WORD ABOUT CHRISTIANITY



Often, the Christians said that Jesus Christ died on the cross to clean our sins.

However, I hesitated when I read this verse from the Bible.

In the Book of Deuteronomy, Chapter 24 Verse 16:

"The fathers shall not be put to death for the children, nor shall the children be put to death for the fathers, every man shall be put to death for his own sin."

Sekadar di masa lapang :)

Mencari dan terus mencari damai yang hilang

Jumpa lagi, InshaALLAH

Iffah Nabiha Ahmad Jailani

1 januari 2012