Muqaddimah

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, Pemurahnya DIA dengan izinNya mempunyai kesempatan untuk menulis pada masanya. Namun, komitmen sebagai pelajar Year 10 mungkin menyebabkan keperluan meluangkan masa untuk pelajaran lebih utama buat seketika. Afwan andai jarang menulis. Moga bermanfaat apa yang ada :)

Tuesday, 31 January 2012

ADALAH SEBAHAGIAN...

Walaupun, adakalanya bersendiri.

Tetapi di celah-celah waktu, ada juga yang datang membantu.

 Iya. Mereka bukanlah saudara seagama.

Tetapi ada yang mempunyai hati dan budi pekerti yang mulia. Tak pernah sedetik aku ragui, doaku, agar Allah menyempurnakan kemuliaan yang mereka punya itu.

Ramah dan mesra, tiada hasad dengki, mudah dan murah dengan senyuman, berasa keperluan untuk mengambil berat antara satu sama lain... Mungkin kurang dari sudut tanggungjawab, tetapi, andaikan kau seorang muslim...

Bukanlah apa. Setelah detik-detik yang kita lalui bersama, (atau aku perhatikan sahaja dari kejauhan) tak tergamak melihat kalian terumbang-ambing dalam kejahilan yang kau sendiri tidak ketahui.

Inginku bantumu sahabat, tetapi sejauh mana yang boleh ku buat, amat sedikit yang ku lakukan.

Aku khuatir ianya akan merosakkan hubungan baik ini.

Itu yang menjadi penghalang.

Tetapi, aku akan terus mencuba walau sesekali khuatir itu menyerang juga. Kau tanya soalan, akan ku jawab setakat yang ada pada pengetahuan. Kau minta bantuan, akan ku bantu setakat yang ada pada kekuatan. Kau pujuk dan mengajakku melakukan sesuatu, akan ku penuhi selagi tidak bertentangan dengan agama yang ku anuti ini. Kau mohon pertolongan dalam pelajaran, akan ku tolong dan berikan apa sahaja yang aku ada dalam fikiran.

Tetapi apa sahaja yang telah aku lakukan untuk membantumu bagi kehidupan yang abadi di sana nanti? Sedikitnya. Mampu ku hitung dengan jari jemari.

Hari ini, guru yang mengajar subjek agama kita menganjurkan pertandingan untuk kita membuat presentation mengenai Life as a Muslim.

Sama ada engkau masuk untuk mendapatkan hadiahnya atau sebab-sebab yang lain, akan ku bantu setakat yang terdaya. Tolonglah, carilah apa yang ingin kau tahu.

Mengingatkan azab seksa yang takkan berakhir di sana nanti, sungguh aku berharap dan terus berdoa agar ada cahaya yang datang padamu satu hari nanti. Sekaligus mengubati kebosanan yang sering kau keluhkan saban hari. Hatimu mungkin merasa kosong, lantaran kurang makanan rohani.

Ku baca satu persatu bait-bait tinta seorang hamba Allah. Artikel yang bertajuk Menangis Kerana Cinta itu saya kira baik untuk peringatan kita bersama. Alhamdulillah.

"Kenapa kita menangis? Pastikanlah jawapannya adalah kerana kita merupakan hamba yang sering berbuat dosa. Setiap kata-kata-Nya kita tidak mahu dengar, tidak mahu ikut, bahkan kadang-kadang kita menjauhkan diri kita daripada mendengar kata-kata-Nya dan melawan kata-kata-Nya. Lebih malang lagi apabila kita adalah orang-orang yang berkomplot dalam membuat usaha-usaha menghalang orang lain daripada mendegar kata-kata Allah. Maka menangislah dan bertaubatlah kepada Allah kerana ketika kita menjadi hamba yang degil, masih saja nikmat dari-Nya itu diberikan kepada kita. Diberikan kita peluang untuk bernafas dan terus menikmati kehidupan hari demi hari. Dan lebih pelik lagi, Allah memberikan kita kebaikan-Nya dengan meletakkan kita dalam suasana tarbiyah. Menjadi salah seorang daripada orang yang cuba menghidupkan dakwah pada hari ini. Masihkah kita tidak mahu menangis untuk itu?

Di saat kita memberikan alasan halangan keluarga menjadi sebab tidak dapat menghidupkan dakwah, di saat kita memberikan alasan tidak cukup ilmu menjadi sebab tidak dapat menghidupkan dakwah, di saat kita memberikan alasan sibuk dengan kerja dan ijazah menjadi sebab tidak dapat menghidupkan dakwah, tetapi.. Pernah tidak kita dengar alasan daripada jantung kita untuk berhenti berdenyut kerana kita sedang melakukan perkara maksiat terhadap Allah? Mata kita letih melayan nafsu kita daripada melihat perkara dan benda yang bukan-bukan lalu dia terus mematikan fungsinya? Maaf, tidak! Kerana apa? Kerana Allah masih sayangkan kita, kerana itu Dia tidak memerintahkan jantung untuk terus terhenti dan mata terus membutakan dirinya.

Tetapi, cuba lihat pada diri kita. Pernahkah kita menangis untuk itu? Jika pernah, tanyakan lagi, 

"Kerana apa kita menangis?"

Kerana cinta kepada Allah, Rasul dan Jihad?

Atau kerana masalah-masalah keduniaan yang tidak membawa sedikit manfaat pun untuk kita di akhirat kelak mahupun dunia sekarang."
Ku mula teringatkan sahabat-sahabatku.
Ada sebab aku memikirkan kalian. Kalian kini adalah sebahagian, sebahagian dari memori yang tersimpan kemas dalam lipatan kenangan. Kasih mula berputik, takutkan ia tidakkan membawa erti ukhuwwah ini andai isu akidah itu tidak membawa kita ke semua ke satu destinasi yang sama pasti.
Aku juga belum tentu berakhir pada destinasi yang satu yang diidamkan oleh orang-orang yang beriman itu. Justeru, aku ingin sama menyemat impian agar kita dapat saling mengajak antara satu sama lain ke arah itu.
Ingatlah, kalian kini adalah sebahagian... Walau apapun yang terjadi, ku kan tetapkan agar hubungan ini akan kekal selamanya.
Tangisan itu, untuk akhirat, atau duniakah?
Doaku untukmu. Semoga, cahaya Islam kan menyapa hidupmu di suatu hari.
Indahnya saat itu!
Mencari dan terus mencari damai yang hilang
Jumpa lagi, inshaallah
Iffah Ahmad Jailani, 31 Januari 2012

Tuesday, 10 January 2012

KEKALKAN TAQWA

Musim sekolah telahpun bermula semenjak minggu yang lalu. Alhamdulillah, kurangnya kerja rumah seolah-olah menjadi 'hadiah paling beharga' dariNya, bagaikan diberi ruang untukku menunaikan persiapan iman. Siapkan iman untuk mengekalkan taqwa. Inshaallah, masa-masa itu perlu diluangkan untuk beruzlah sendiri. Mencari damai buat diri sendiri. Berfikir dan terus berfikir.

Fikirkan hala tuju hidupmu.

Mengapa engkau berada di jalan ini.

Ke arah mana yang bakal kau pilih.

Dari mana engkau datang.

Ke mana dan siapa yang akan kau pergi menemui semula.

Apa persiapan yang kau lakukan.

Kadangkala, kita memerlukan waktu untuk diri sendiri. Di waktu kita berada di bawah, iman mendatar dan segalanya terasa lemah, kembalikanlah, cahaya inspirasi yang kian malap itu, duhai remaja. Di waktu inilah kita lebih senang untuk pasrah, berserah diri dan segala-galanya padaNYA. Hanya bergantung kepada DIA.

Andai engkau dapat menemui kemanisan iman di saat engkau tersungkur lemah seperti itu, beruntunglah, bersyukurlah! Nikmatilah keindahan di kala cahaya inspirasi itu mula menyala, terang dan lantang bersuara. Menyinga dan bersiap sedia untuk bertempur di medan mujahadah. Inshaallah, tak mungkin tewas. Kerana kita hanya tewas apabila kita mahu tewas. Ingatlah ia, duhai remaja.

Ku sematkan ingatan ini buat sahabat-sahabatku yang jauh di mata dan semestinya diri sendiri. Semoga ALLAH melindungimu sentiasa. Bahagia dalam hidayahNYA. Doaku untukmu.



Walau satu persatu kekuatanmu jatuh ke bumi, walau seribu dugaan melingkari, kekalkanlah taqwamu, duhai diri.

Jangan kau biarkan dirimu tewas di medan mujahadah ini. Teruskan walau tidak berdaya. Kerana itulah pilihan yang kau ada. Kuat atau lemah, keperitan itu harus dilalui demi menggapai redha ALLAH yang amat manis untuk dikecapi bagi mereka yang bersusah payah mertabiyah diri melalui ujian. Bersabarlah sayang. Kekalkanlah taqwa. Kekalkanlah, kekalkanlah! Agar kita bertemu lagi dalam pertemuan yang paling manis di sana nanti. Inshaallah :') Dengan izinNYA jua.

Mencari dan terus mencari damai yang hilang

Jumpa lagi, Inshaallah

Kerja rumah yang menuntut 'sabar' lagi di saat-saat inspirasi diri sendiri sedang berada 'di bawah' ini. Sabarlah. Kekalkan taqwamu :)

Sunday, 1 January 2012

A WORD ABOUT CHRISTIANITY



Often, the Christians said that Jesus Christ died on the cross to clean our sins.

However, I hesitated when I read this verse from the Bible.

In the Book of Deuteronomy, Chapter 24 Verse 16:

"The fathers shall not be put to death for the children, nor shall the children be put to death for the fathers, every man shall be put to death for his own sin."

Sekadar di masa lapang :)

Mencari dan terus mencari damai yang hilang

Jumpa lagi, InshaALLAH

Iffah Nabiha Ahmad Jailani

1 januari 2012