KEKALKAN TAQWA

Musim sekolah telahpun bermula semenjak minggu yang lalu. Alhamdulillah, kurangnya kerja rumah seolah-olah menjadi 'hadiah paling beharga' dariNya, bagaikan diberi ruang untukku menunaikan persiapan iman. Siapkan iman untuk mengekalkan taqwa. Inshaallah, masa-masa itu perlu diluangkan untuk beruzlah sendiri. Mencari damai buat diri sendiri. Berfikir dan terus berfikir.

Fikirkan hala tuju hidupmu.

Mengapa engkau berada di jalan ini.

Ke arah mana yang bakal kau pilih.

Dari mana engkau datang.

Ke mana dan siapa yang akan kau pergi menemui semula.

Apa persiapan yang kau lakukan.

Kadangkala, kita memerlukan waktu untuk diri sendiri. Di waktu kita berada di bawah, iman mendatar dan segalanya terasa lemah, kembalikanlah, cahaya inspirasi yang kian malap itu, duhai remaja. Di waktu inilah kita lebih senang untuk pasrah, berserah diri dan segala-galanya padaNYA. Hanya bergantung kepada DIA.

Andai engkau dapat menemui kemanisan iman di saat engkau tersungkur lemah seperti itu, beruntunglah, bersyukurlah! Nikmatilah keindahan di kala cahaya inspirasi itu mula menyala, terang dan lantang bersuara. Menyinga dan bersiap sedia untuk bertempur di medan mujahadah. Inshaallah, tak mungkin tewas. Kerana kita hanya tewas apabila kita mahu tewas. Ingatlah ia, duhai remaja.

Ku sematkan ingatan ini buat sahabat-sahabatku yang jauh di mata dan semestinya diri sendiri. Semoga ALLAH melindungimu sentiasa. Bahagia dalam hidayahNYA. Doaku untukmu.



Walau satu persatu kekuatanmu jatuh ke bumi, walau seribu dugaan melingkari, kekalkanlah taqwamu, duhai diri.

Jangan kau biarkan dirimu tewas di medan mujahadah ini. Teruskan walau tidak berdaya. Kerana itulah pilihan yang kau ada. Kuat atau lemah, keperitan itu harus dilalui demi menggapai redha ALLAH yang amat manis untuk dikecapi bagi mereka yang bersusah payah mertabiyah diri melalui ujian. Bersabarlah sayang. Kekalkanlah taqwa. Kekalkanlah, kekalkanlah! Agar kita bertemu lagi dalam pertemuan yang paling manis di sana nanti. Inshaallah :') Dengan izinNYA jua.

Mencari dan terus mencari damai yang hilang

Jumpa lagi, Inshaallah

Kerja rumah yang menuntut 'sabar' lagi di saat-saat inspirasi diri sendiri sedang berada 'di bawah' ini. Sabarlah. Kekalkan taqwamu :)

Comments

Popular Posts