KEKALKAN RINDU

Ku pohon agar Kau bantulah aku untuk mengekalkan rindu ini.

Ya Allah.. Kami sungguh lemah untuk berhadapan dengan ujianMu.

Sungguh kerdil!

Dugaan di perantauan bagaikan hampir berjaya menghapuskan rindu ini. Kian pudar lantaran waktu dan kegemilangan akademik yang dikejar.

Bagaimana aku ingin kekalkan rindu di setiap saat itu Tuhan?

Tuhan, ku pohon agar kekalkan rindu ini. Kekalkanlah..Kekalkanlah.

Rindu padaMu yang tidak akan membuatkan ku tersasar jauh dari landasan.

Walaupun sekian banyak penindasan halus yang menjadi halangan.

Bantulah kami semua. Bantulah sahabat-sahabatku di sana dalam melalui alam remaja. Mereka perlukanMu, jangan Kau biarkan mereka laluinya sendiri.. Dan aku juga di posisi yang sama.. Bimbinglah kami semua.

Agar kami dapat berkumpul di sana dengan saat-saat yang paling indah. Ukhuwwah fillah abadan abada.

Kekalkan rindu ini... Agar cinta pada agama kan terus bersemi.

Ia payah. Telinga ini lebih senang pada perkara yang lagha. Tetapi iman itu tidak mahu kalah dari berbicara.

Merebut perhatian kami semula.

Izinkanlah kami untuk terus tabah menempuhinya. Sungguh medan mujahadah ini adalah laluan bagi orang beriman untk terus melangkah hingga ke destinasi. Izinkan kami!

Iffah. 8 February.

Comments

Macedonia said…
amin... ^_^.

sayang, Iffah..
ummu said…
assalamualikum ukhti fidd din

"Tuhan, ku pohon agar kekalkan rindu ini. Kekalkanlah..Kekalkanlah.

Rindu padaMu yang tidak akan membuatkan ku tersasar jauh dari landasan."

amin,amin ya rabbal alamin
Waalaikumussalam Warahmatullah buat Ummu dan salam sayang, mahabbah dan mesra buat Macedonia :')

Syukran kerana mengaminkan doanya ukhti-ukhti :')

Allah ma'aki.

Iffah.

Popular Posts