Ini Haluanku

Ya Allah, ini haluanku.

Ini pilihanku.

Telah ku pilih haluan pembelajaranku yang mungkin hanya membentuk jalan hidupku buat sementara, mungkin juga hingga ke akhirnya. Aku tidak tahu, Ya Allah.. Semuanya dalam pengetahuanMu.

Kata mereka, masa hadapanku cerah. Namun Engkau yang Maha Tahu, padaku, aku nampak semuanya kabur. Tidak terjamin. Sedikit cahaya berada di hujung corong yang tidak mudah untuk aku sampai ke tempatnya. Penuh haluan yang berbeza-beza dengan pelbagai tipuan yang maha hebat. Kaca mata iman mungkin boleh menilainya, namun bagaimana bila iman itu sendiri terpenjara?

Mereka pula tidak tahu dan tidak pernah tahu. Di sebalik kelebihan ini, mujahadah yang mereka tidak pernah tahu, yang disembunyikan itu menyiat-nyiat iman yang masih bersisa.

Haluan yang ku pilih ini atas dasar minat yang mungkin tidak akan berpanjangan, mungkin tidak akan mencipta sesuatu yang lebih besar di waktu hadapan... Dan dengan haluan ini jugalah, aku kini memperjuangkan ilmu di dewan peperiksaan nanti.

Di samping memperjuangkan identiti. Sesuatu yang mereka tidak pernah tahu dan tidak akan faham.

Ya Allah, Engkaulah yang Maha Mengetahui, jangan biarkan aku bersendiri dengan haluan ini. Murahkanlah rezeki, anugerahkanlah najah yang Kau berkati, moga-moga bernilai untuk Islam nanti.

Ini haluanku, aku tidak tahu siapa sebenarnya yang bersamaku? Mereka, dan mereka, dia, dan dia...Jauh di sana dengan kesibukan dunia mereka.

Oh Tuhan, hanya padaMu ku bergantung.

Mencari dan terus mencari damai yang hilang

Jumpa Lagi, Inshaallah

Iffah Nabiha Ahmad Jailani

22 April 2012

Comments

majimehito said…
nice entry.keep it up:D

Popular Posts