Mengiringi ke arah destinasi...

Renyai hujan sedang berlagu. Iramanya menyapa gegendang telinga sekian ramai penghuni bumi Darlington dan sekitarnya. Membasahi lantai dunia, memenuhi lopak-lopak air yang sudahpun dipenuhi air disebabkan hujan sebelumnya. Namun, sesi pembelajaran di Education Village langsung tidak terganggu oleh rintik hujan yang semakin lebat. Termasuklah kelas subjek Matematik yang hanya mempunyai 10 minit sebelum berakhir. Seiring irama hujan yang membasahi bumi, gelak tawa, senda gurau para pelajar bergema dengan meriah sekali.

"She got her jacket from Paul's boutique!" Matthew bersuara. Assessment Question yang sepatutnya diselesaikan diambil mudah. Senang dan tidak memerlukan kerja yang begitu keras, baginya.

"Really?!" Kelsey menjawab secara sarkastik sambil memegang jaketnya.

"Oh chill out, only a banter." Matthew membalas. Saya yang berada di hadapan kedua-duanya dalam posisi membelakangi mereka hanya menyambung kerja. Seketika, saya menutup buku setelah siap.

"Homework on MyMaths.co.uk has been set, you lot! Get it done, it's due on Monday, alright. And get on with the work, please. Matthew you have been talking the whole time, get your head down, get on with the work or you'll be staying back during breaktime." Miss Deakin, guru Matematik yang akan mengambil kelas kami selama dua tahun lagi bersuara.

"Haha!" Kelsey mengenyitkan mata. Matthew hanya mendengus.

"Ifdog!"

Saya mendiamkan diri.

"Iffdooooooooooooog!"

"W..hat?!" Macam-macam nama gelaran yang diberi. Ia memang menjadi satu perkara biasa dan budaya, dikenali sebagai satu bentuk dalam bergurau senda.

"What are we meant to do?"

"It's on the board..?"

"I know that!" Dia masih belum berpuas hati.

"You do the table of values to work out the coordinates and.."

"Okay I'm bored."

"Kay I'll shut up." Geram sebenarnya, dia yang bertanya tetapi tidak mahu mendengar jawapannya. Biarlah.

"What's up with you?" Kelsey bertanya kepada Matthew. "Nawwt...Just, trying to relax." Jawabnya. "Dude, no pain, no gain!"Klip rambutnya ditanggalkan lalu disikat rapi. Matthew lalu membalas,"YOLO!!!!"

Miss Deakin yang selesai membantu seorang pelajar mengangkat muka. Dilihat jarum jam yang sedang berdetik. Jam yang terletak di hadapan kelas ditatap seketika. 20 saat kemudiannya, dia bersuara,"Unless you're Matthew, off you go."

"Yay! Again. " Suaranya berbunyi sarkastik. Seorang pelajar berkata,"YOLO for you."

Kebanyakan pelajar mula mengatur langkah untuk keluar dari kelas termasuklah saya. Pelajar yang berjalan di belakang saya meluahkan pandangannya,"I hate YOLO."



"DON'T see why people hate YOLO so much. It's just like other abbreviations like LOL, BRB, TTYL and many others. YOLO!" Kelihatan status yang ditulis itu meraih 'like' yang agak 'meriah' dari rakan-rakannya. Seketika, bunyi satu mesej masuk ke dalam inbox chat saya.

Orang yang saya tunggu-tunggu untuk dibincangkan projek Science bersama sudahpun masuk online.

"Can we do this tomorrow? YOLO..."Saya mengeluh bila membacanya.

"No, I'll do it with Hannah. Cause she WON'T give EXCUSES! ;) Unlike someoneeeee...." Saya membalas. Handphone dicapai lalu satu mesej dihantar kepada Hannah. Mujurlah kawan saya si Hannah memang seorang yang mengambil berat tentang disiplin dan bukan seperti kebanyakan remaja hari ini.

Selang dua minit, mesej dibalas. Hannah menyuruh saya membaca emel dan bertanya jika kami mempunyai homework yang perlu disiapkan esok hari. Saya membalas dengan mengatakan kami hanya mempunyai english coursework yang akan disambung buat esok hari.

"Esok, English sejam, Religion sejam, Geography sejam, Art dua jam. Alhamdulillah.. Wait, English coursework? Nooooooooooooooooooooooooo..."Saya berfikir.

"Don't think I'll be able to finish mine. We only have 20 minutes tomorrow. That's it. " Saya menghantar satu lagi mesej kepada Hannah. Satu keluhan dilepaskan.


MENTARI masih ceria. Jam menunjukkan pukul 6 petang. Langit masih cerah. Tidak pula hujan. Awan yang sedang berarak ditatap. Tingkap bilik yang dibuka memberikan ruang yang luas buat angin untuk masuk meredakan suasana bilik. Kertas nipis yang mempunyai lukisan yang dilakar buat lalu artwork saya berterbangan jatuh ke lantai. Saya mengeluh lagi, hanya dua minggu sahaja lagi artwork itu perlu disiapkan dan saya belumpun memulakannya.

Kerisauan mengenai English coursework itu sungguh menghantui fikiran saya. Sedikit sebanyak mengambil alih perhatian dari hal-hal peribadi yang lain. Mungkin satu perkara yang positif, negatifnya saya mula berasa stress.

Saya akui saya memang mengambil berat pelajaran saya dalam GCSE. Sehari tidak bercakap tentangnya tidak lengkaplah hari saya. Alhamdulillah, Science mock exam sewaktu saya berada dalam Year 9 saya memperoleh result yang baik, membuatkan saya pulang ke rumah dengan senyuman yang sangatlah lebar hingga berhari-hari. Senyum lagi :D Markah yang diperoleh hanyalah 40/60. Tetapi susahnya exam tersebut, itulah markah yang paling tinggi :D Alhamdulillah :')

Tetapi yang membuatkan saya berasa sungguh bersyukur ke hadrat Ilahi adalah 20% dari English Language GCSE juga sudahpun saya perolehi keputusannya mempunyai grade A. 10% adalah Writing assessment dengan markah 18/20. Satu markah away from A*. GRRR. Okay, saya tension mengenai satu markah itu. Dengan itu, saya mempunyai keputusan yang kedua tertinggi. Alhamdulillah. Manakala 10% lagi adalah Speaking and Listening yang saya peroleh markah 13/16. 2 markah away from A*. Tetapi Alhamdulillah, Sekali lagi, anatara yang tertinggi :D :D :D Allah sahaja yang memahami kegirangan saya!! :D

10% lagi sudah siap. Tetapi kertas kerja itu belum dihantar kepada examiner. English coursework yang itulah yang sangat saya risaukan. Dua jam yang diberi tidak cukup untuk saya. Rata-rata orang putih mempunyai 'masa lebih' kerana kerja yang tidak beberapa detailed. Saya meletakkan detail yang mungkin terlalu banyak hingga satu perenggan mempunyai hampir satu muka setengah muka surat! Itu membuatkan saya struggled untuk menyiapkan 8 perenggan yang 4 darinya presentational devices dan 4 lagi language devices dalam menganalisis dua teks.

Dan saya tidak sempat melakukan perenggan yang terakhir.

Allah SWT sahaja yang tahu kerisauan saya. Walaupun ianya adalah subjek English, yang boleh re-sit semula coursework itu tetapi saya tahu seboleh-bolehnya, saya ingin memberikan yang terbaik. Semenjak kecil, otak hadiah dari Allah ini memang berbanding mengenai relaks di rumah dan pelajaran di sekolah, saya berfikir lebih banyak mengenai sekolah. Semenjak kecil, saya seronok di sekolah dengan kawan-kawan, bersembang dengan guru-guru dan melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama. Tidak kurang bergaduh dengan kawan-kawan kerana markah yang lebih tinggi atau gagl mendapat kedudukan pertama di dalam kelas. Hehe, lawak pulak bila ingat semula 4-8 tahun yang lepas... Memang kami bergaduh disebabkan itu le :D

Hari ini, saya tidak tahu di mana kebanyakan kawan-kawan saya. Pasti mereka semua jauh mengahfal Al-Quran lebih banyak dan cemerlang. Berada di sekolah-sekolah yang hebat-hebat di Malaysia. mempunyai pengetahuan yang tinggi mengenai agama Islam dan tajwid Al-Quran. Masih mengambil pelajaran sebagai satu perkara yang serius dan benar-benar mengorbankan masa mereka untuk menjadi remaja yang baik dan terbaik pada detik-detik yang mencabar dalam arus globalisasi.

Dan saya di sini, masih mencari dan terus mencari makna hidup yang hakiki, dan damai yang adakalanya datang kemudian menghilang.

Kini, sudah masuk minggu yang ketiga saya bergelar sebagai Year 10 student. Waktu sebagai pelajar Year 9 sudah berlalu, berganti dengan tanggungjawab dan beban sebagai Year 10 student yang lebih mencabar. Alhamdulillah, subjek yang saya pilih semuanya berada di dalam genggaman. Kini sedang re-draft semula page Sekolah dan GCSE saya.

Renungan yang sungguh panjang terus mati apabila perut mula berasa lapar. Saya turun untuk mengisi perut dengan hot chocolate dan beberapa keping biskut. Ummi dan Ayah sedang berbual sambil minum petang sambil Ummi mengajak Nusair makan sekali. Si adik yang bongsu itu sedang berlari-lari bermain dengan aeroplane kertas yang barangkali dibuat sendiri sebaik saya perhati 'seni'nya.

Setelah log in ke facebook, saya membaca statusseorang muslimah yang menyejukkan hati sebenarnya...

"Forget YOLO, remember You Only Live For Akhirah. YOLFA!"

Alhamdulillah.


"COME in.." Mrs Gorton, guru saya bagi Subjek Art membenarkan masuk. Sejam subjek Art bagi hari Jumaat bermula. Saya menyambung mass drawing yang dibuat. Dalam fikiran masih berfikir mengenai English coursework tersebut.

Pun begitu, kerisauan saya reda berganti dengan conscience yang membisikkan kesabaran dan mengarahkan hati untuk terus bersangka baik dengan Allah. Dia pasti akan memberikan ganjaran yang sesuai dan setimpal dengan usaha hamba-Nya. Setiap yang ditentukan mempunyai kebaikan dan hikmah yang tersirat. Pada ilmu manusia yang sungguh cetek ini, tak akan dapat menyingkap perancangan Illah yang Maha Hebat.

Yang penting, kelakuan dan niat itu mencipta cita-cita yang menterjemahkan laku yang bermanfaat untuk agamaNya. Perlu istiqomah dan InshaAllah, apa sahaja yang terjadi, semuanya dalam lingkungan perjalanan dalam meraih redha Ilahi.

Perjuangan saya di sini, adalah ketentuan Allah. Silap saya, terlalu memikirkan hal-hal dunia. Ya Allah, hidup ini sementara untuk akhirat sana. Sehebat mana pun, setinggi mana pun grade yang akan diperoleh buat GCSE ini, tak akan mampu menolong atau meninggikan darjat di akhirat andai tidak mampu melepasi pertimbangan amal di akhirat kelak.

Keterlaluan dalam menilai harga kenikmatan di dunia sungguh merupakan penipuan syaitan dalam usaha menarik manusia menemani mereka di neraka nanti. Amal yang sangatlah sedikit perlu diambil kira. Kerisauan saya pada GCSE sangatlah melebihi kerisauan buat amalan yang menentukan hidup abadi nanti. Ya Allah, aku terlalai dalam mengimbangkan urusan dunia dan akhiratku.

Subhanallah, sayangnya Dia pada hamba-hambaNYA. Peringatan selalu ada di mana-mana. Pilihan diberikan buat sesiapa yang mencari HidayahNya. Hanya kita yang memilih untuk menzalimi diri sendiri dengan membuat pilihan yang akhirnya memakan diri sendiri. Sampai satu saat dalam hidup, disalah-salahkan orang lain kerana tidak memperoleh ketenangan dalam hidup yang sementara sahaja. Sedangkan, orang yang mengingati Allah akan sentiasa tenang. Konsiderasi akan mengiring tingkah lakunya, keseimbangan hal ehwal keduniaan dan akhirat akan turut bersama seiring langkahnya dalam mengajar destinasi syurga yang abadi.

Ujian ini, sering menewaskan manusia. Angka yang rebah tidak terkira. Pesan Muallimah saya, dalam ramai-ramai yang lalai dalam mengingatiNya, dalam ramai-ramai yang terus-terusan rebah kerana kilauan dunia, tidak mahukah kita, menjadi satu yang terpilih, dalam mencintaiNya?

"Iffah, your tone in that mass drawing is getting too dark. Are you angry or something? "Tegur Mrs Gorton. Saya membalas dengan senyuman lalu menggunakan pemadam untuk mencerahkan sedikit tone yang gelap di atas kertas. Saya melangkah beberapa tapak ke belakang lalu memerhati hasil selama satu jam buat sedikit mass drawing itu. Alhamdulillah, mungkin, akan mengambil masa 5-7 jam untuk habiskan? ;S

Biarlah kejayaan dunia yang fana ini mengiringi perjalanan kita menuju ke kejayaan abadi di sana nanti. InshaALLAH.

Dari saya yang masih mencari dan terus mencari damai yang hilang.

Semoga kita semua berjumpa lagi dalam artikel lain di lain hari waktu dan saat. InshaALLAH.

Iffah Nabiha Ahmad Jailani

9 Julai 2012

Comments

Popular Posts