Muqaddimah

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, Pemurahnya DIA dengan izinNya mempunyai kesempatan untuk menulis pada masanya. Namun, komitmen sebagai pelajar Year 10 mungkin menyebabkan keperluan meluangkan masa untuk pelajaran lebih utama buat seketika. Afwan andai jarang menulis. Moga bermanfaat apa yang ada :)

Saturday, 25 August 2012

REMAJA YANG MENCARI KEKUATAN...

Subhanallah, wal hamdulillah, wa la ilaha illallah, allahu akbar.

Allahumma solli wa sallim 'ala, sayyidina muhammad, wa 'ala alihi wasohbihi wa sallim tasleema.

Ramadhan sungguh dirindui. Keberkatan bulan itu memancarkan ketenangan bagi hati-hati yang mencari keredhaan.

Tetapi untuk mencari damai, tenang dan kekuatan, bukanlah hanya mengharap pada kebergantungan ke atas bulan Ramadhan sahaja. Ianya adalah madrasah bagi orang beriman untuk melepasinya bersama ijazah taqwa, yang seterusnya memberikan kita kemampuan untuk meneruskan hidup dengan taqwa yang sungguh tinggi kepada Allah SWT.

Seminggu sahaja lagi cuti sekolah bersisa, antara yang saya perbuat selain cuba untuk menyiapkan kerja sekolah adalah juga menghubungi kawan-kawan saya di Malaysia. Masa diperuntukkan di alam maya agak lama berbanding hari-hari biasa. Beberapa sahabat juga turut meluahkan kerinduan, selain berkongsi cerita, suka dan duka.

Ada yang saya tahu ceritanya tanpa perlu si dia membuka cerita.

Dengan hanya melihat News Feed di facebook, dapat diselami perasaannya.

Wednesday, 8 August 2012

Petang Ramadhan...

Artikel terbaru Ustaz Hasrizal saya baca dengan aliran air mata.

Tak tertahan hiba di dada. Adakalanya, jiwa perempuan senang tersentuh dengan ketulusan.

Bukan semua, tetapi saya di antara mereka yang mudah tertarik kepada sinar keikhlasan. Ikhlas mereka yang menawarkan seluruh kehidupan untuk perjuangan yang bukan sia-sia. Perjuangan yang bermatlamat dalam berjuang. Bukan perjuangan yang bermatlamatkan matlamat palsu semata-mata. Bukan sekadar perjuangan yang bermatlamatkan yang sementara sahaja.

Saya teringat beberapa tahun lepas, saya berada dalam komuniti orang-orang agama. Tetapi apakah saya pernah belajar untuk menilai sesuatu dalam keadilan, saya merasa tidak. Beberapa tahun saya menilai dengan bias dan penuh prejudis semata-mata.

Betapa ramai umat Islam hari ini, yang begitu juga menilai dengan penuh prejudis tanpa sekelumit keadilan? Tiada etika dalam berdakwah. Hanya bersuara lantang dengan penuh yakin dengan hujah emosi tanpa ilmu yang sebenar-benarnya.

Tetapi ini hanyalah suara yang ramai merasa sangat insignificant, seorang anak muda yang sebenarnya dialah yang berbicara tanpa ilmu.

Maka jangan salahkan mereka andai ramai yang hanyut. Andai etika dakwahmu menyebabkan mereka terpesong, semata-mata kerana emosi dan rasa bangga diri!

Kerana mereka yang ada kesedaran, yang ada kemahuan untuk turut serta dalam medan mujahadah, sungguh ada mahu, tapi ramai yang tercicir kerana mereka menganggap yang muda boleh dipandang enteng. Mungkin kemudian ada yang berkata artikel ini adalah suara emosi tanpa ilmu.

Tetapi ini hanyalah wakil, saya sungguh fahami suara mereka yang sedang meniti usia awal remaja. Tolonglah, bimbing mereka dengan didikan. Bukan memesong mereka dengan herdikan.

Sekadar suara emosi di petang Ramadhan. Mungkin boleh dilupakan sahaja.

Mencari dan terus mencari damai yang hilang.

Jumpa lagi, Inshaallah.

8 Ogos 2012

Wednesday, 1 August 2012

Harapan 14 tahun...

Charcoal di tangan menari-nari. Fikiran terbang melayar imaginasi. Mata melirik ke arah gambar di sisi. Bayang kegelapan dilakar di atas kertas bersaiz A2 itu.

Artwork di atas adalah sebahagian dari coursework GCSE saya bagi subjek Art. Page "Sekolah dan GCSE saya" telahpun saya update. Kini, artwork tersebut masih belum siap. Sepanjang cuti 6 minggu ini, kesemua unfinished artwork memang perlu disiapkan, kesemuanya memainkan peranan penting dalam GCSE nanti.
Belakang mula terasa sakit. Tanggal 31 Julai mengingatkan saya, esok harinya, genaplah usia saya 14 tahun. Alhamdulillah ya Allah, Pemurahnya Dia, masih memberi keizinan untukku bernafas di atas muka bumi ini.

"Kakak, buat kerja kena habis. Tak boleh buat separuh lepas tu buat kerja lain pula." Tegur Ummi apabila saya belum habis menyelesaikan kerja di dapur. "Okay. Kejap. Kena kemas yang ni ni kejap."

Saya mula menghabiskan kerja. Charcoal dibalut dengan kertas surat khabar. Semuanya disimpan lalu dihabiskan pula kerja di dapur. Selesai, saya menghela nafas. Tentunya, perkara yang tak pernah sepi dari menghantui minda kadangkala, mempengaruhi tindakan saya, bagi kebanyakan masa.