Harapan 14 tahun...

Charcoal di tangan menari-nari. Fikiran terbang melayar imaginasi. Mata melirik ke arah gambar di sisi. Bayang kegelapan dilakar di atas kertas bersaiz A2 itu.

Artwork di atas adalah sebahagian dari coursework GCSE saya bagi subjek Art. Page "Sekolah dan GCSE saya" telahpun saya update. Kini, artwork tersebut masih belum siap. Sepanjang cuti 6 minggu ini, kesemua unfinished artwork memang perlu disiapkan, kesemuanya memainkan peranan penting dalam GCSE nanti.
Belakang mula terasa sakit. Tanggal 31 Julai mengingatkan saya, esok harinya, genaplah usia saya 14 tahun. Alhamdulillah ya Allah, Pemurahnya Dia, masih memberi keizinan untukku bernafas di atas muka bumi ini.

"Kakak, buat kerja kena habis. Tak boleh buat separuh lepas tu buat kerja lain pula." Tegur Ummi apabila saya belum habis menyelesaikan kerja di dapur. "Okay. Kejap. Kena kemas yang ni ni kejap."

Saya mula menghabiskan kerja. Charcoal dibalut dengan kertas surat khabar. Semuanya disimpan lalu dihabiskan pula kerja di dapur. Selesai, saya menghela nafas. Tentunya, perkara yang tak pernah sepi dari menghantui minda kadangkala, mempengaruhi tindakan saya, bagi kebanyakan masa.

Kebelakangan ini, saya menyemak semula penulisan saya terutama semenjak saya tiba di UK. Dalam 3 tahun kebelakangan ini terutamanya, saya kira persepsi saya terhadap banyak aspek mempunyai perubahan yang besar.
Terutama persepsi kepada prejudis terhadap agama-agama lain serta persepsi kepada masalah. Begitu juga, adab dalam berukhuwah.

Minat dalam mengemukakan hujah juga semakin bercambah. Kecenderungan untuk berkarya dalam pendidikan seni juga membuatkan saya merasa bebas untuk menenggelamkan fikiran dalam warna dan pergerakan tangan yang sedang melakar.

Penting bagi saya, melihatkan progres saya dalam 3 tahun yang lepas hingga kini... Masih banyak yang perlu diperbaiki.

Tiga tahun yang lepas, saya sentiasa ada tempat untuk mengadu masalah dan berkongsi cerita tanpa perlu risau apa yang si teman berfikir.. Kami memang jujur dengan perasaan, jarang menyembunyikan rahsia antara satu sama lain. Dengan merekalah saya membesar dan kebanyakannya dipengaruhi oleh suasana di sana.

Apabila suasana itu berubah dengan mengejut, jiwa kanak-kanak membuatkan persepsi mereka kepada banyak perkara susah dibentuk mengikut yang kita suka. Apatah lagi jika mereka tidak dibantu, sedang di waktu itulah yang sepatutnya imaginasi kanak-kanak dibentuk dengan baik.

Semua ini, akan mempengaruhi cara mereka berfikir. Dan saya berfikir, menulis dan berlaku mengikut apa yang dibentuk dan dilalui.

Hari ini, saya sedar dalam angka yang saban tahun kian bertambah, ilmu dan amalan yang dilakukan perlu juga diambil kira. Agar dengan usia yang dikurnia, tidaklah sia-sia tanpa progres apa-apa. Biar kita bermula dari bawah, tertatih-tatih belajar memperbaiki diri, bermula dengan salah dan silap yang sungguh memalukan dan menjatuhkan konfiden yang ada dalam diri, tetapi dengan haluan menuju ke destinasi yang halal dan satu, InshaAllah, pada penghujungnya terdapat kebahagiaan hakiki yang tentunya menjadi idaman buat setiap insan.

Dan saya, masih membaca... Dan terus membaca... Penulisan saya. Adakalanya ia menjadi medium untuk mercerminkan sejarah saya. Bagaimana dari situ saya belajar. Saya temui blog dan laman web yang sungguh saya merasa terhutang budi, dalam membina kekuatan rohani dalam diri ini.

Ada di waktunya artikel dalam blog ini mungkin mempunyai isi yang 'pathetic' and may sound a bit depressing. Where people just go 'hek eleh..' and stuffs. Begitu juga dengan status di facebook, twitter than sebagainya, but get used to me... This is the point where I'm learning, a 14 year old girl who is still learning, make mistakes, and still learning, and still learning, and still learning...

You expect me to act just like a mature adult, where everything that I say is fully considered and always concluded as 'jaga-ing-hati-orang-stuff' well I'm sorry, I'm just a girl, who is still learning, and that is who I am.

You expect me to be all 'little-miss-perfectly-innocent' well I'm sorry, that is not who I am either.

Just a girl, a 14 year old girl, who is still learning. And still learning... Improving herself from day to day, trying to make the best out of everything. I will try my best, I promise, InshaAllah.

Sungguh dalam mengenangkan semuanya, kelopak mata berair. Hiba dalam menahan sebak di dada.

Perjalanan kehidupan ini memang mempunyai banyak onak dan liku.. Dan tanpa orang-orang di sekeliling saya, walaupun, ada ketikanya terdapat selisih faham, rasa kurang senang dalam melayan karenah dan kekurangan antara satu sama lain, di hujung waktu, fahamilah aku sangat menyayangi kalian.

Terutama mereka yang banyak berbudi dan berjasa dalam membentuk diriku yang hari ini. Kesemua kejayaan aku di sekolah... Kekuatan yang saya terima, I owe it all to all of you!

Ummi, Ummi, Ummi.. Ayah, Nabhan, Kak Chik, Ucai.. Yes those times especially with my siblings where we just ended up fighting against each other and then just simply scream ,"Ummi! Ayah! Tengok Kak Chik ni!" "Ummi! Tell Ucai to give it to me!" I couldn't help but to say I love the fight :) And watch something funny together, slapping each other (by the way when Kak Chik slapped me the red mark stayed on my arm for 3 days :L ) and basically just everything...inspires me.

And to Ayah and Ummi, tak pernah memaksa Kakak untuk mengikut kata. Semuanya dilakukan dengan teguran (and sometimes marah :D) yang berulang-ulang and after a loooong time I always find myself doing it without me realising it. Ummi tak pernah memaksa Kakak berada di dapur. Just keep reminding me again and again and again, in the end I find myself in the kitchen basically just do what I want :-)

And Ayah, tak pernah meninggikan suara kepada Kakak, walaupun ketika Kakak yang meninggikan suara pada orang lain di rumah. Forgive me Ayah. Terkadang kelemahan anakmu ini memang dalam mengawal kemarahan di rumah. Di waktu saya 'meradang' kerana sesuatu, mungkin kerana karenah yang macam-macam and I'm young with very little patience, Ayah cuma berkata dengan nada yang sederhana,"Kakak...Kakak.."

3 years actually spending my time with this family, I actually, feel like I truly LIVE with them... Back in Malaysia, I didn't feel like I was at home, so little time to SEE them. Even if I did, I saw them, I didn't understand them.

Di waktu saya menulis artikel ini, Nusair dan Kak Chik baru sahaja tertidur pada pukul 4 pagi. Cinta ini semakin bercambah, subur mewangi. Namun, satu perasaan yang sama masih menghantui. Hanya kepada Allah kita semua mengadu akan tiap pahit getir dan suka duka kehidupan kita.

Bagi saya, tidak ada begitu harapan-harapan 14 tahun yang benar-benar membuatkan saya bangga. Sewaktu tahun lepas saya tidak sempat menulis di blog, ketika tercalon untuk menjadi Student of the Year. Dan beberapa kejayaan akademik seperti result key Stage 3 yang sampai kira-kira 2 minggu lepas yang membuatkan saya puas atas segala kerja keras. Namun semua itu tidak begitu bermakna bagi saya, kerana selama ini, tumpuan saya tertumpu kepada satu perkara, yang sungguh bagi saya mustahil untuk dilupakan.

Biar apapun yang menghantui fikiran saya, satu yang saya inginkan..Seperti tajuk blog ini.. Mencari dan terus mencari damai yang hilang.

Minda yang sering dihantui rasa gelisah oleh masalah... Sedih yang menyelaputi hati dan jiwa... Damai yang adakalanya datang kemudian menghilang... Pada Allah jua kita semua seharusnya pasrah, moga dikekalkan kedamaian itu. Kerana bagi mereka yang sentiasa mengingati Allah, hatinya akan sentiasa tenang.

Sungguh saya tak pernah menafikan, tiap takdir yang DIA telah tentukan buat diri ini banyak mentarbiah hati dan membuatkan saya belajar. Terasa lebih matang saat pengalaman mengajar diri untuk lebih redha dan tenang dalam menghadapi ujian. Benarlah DIA sungguh tahu akan semuanya. PerancanganNya jauh lebih baik dari akal manusia yang sungguh terbatas ini.

Genap 14 tahun. Jauh lagi perjalanan hidupku. Masih banyak onak dan liku yang mesti ditempuh. Di hati ini, terselit rindu buat sahabat-sahabat. Terutama mereka yang banyak mentarbiah hati ini dan dalam diam sentiasa saya kenangkan di waktu saya berada di sekolah. Merekalah yang saya jadikan inspirasi untuk tabah dengan identiti yang sama sewaktu di sekolah. Merekalah yang saya sayang, yang banyak mencorak warna-warni biah solehah di zaman kanak-kanak saya.

Tetapi waktu mencemburui kita. Pelajaran menjadi komitmen yang utama. Lautan dan benua menjadi pemisah. Dan kalian berada nun di sana, pasti sibuk menegakkan agama Allah. Tetapi sungguh, Nur Syifaa Rosidi, Mardhiah Asri, Bushra Shafie, Nadiah Atiqah, Nur Awatif, Nawal Amani, Ain Najwa, Fatin Fitrah dan banyak lagi sahabat-sahabat yang ana sayangi... Sepi khabar kalian, ceria dan ceritera seperti dahulu tampak pudar dan ukhuwah kita hari ini kelihatan tidak sama lagi seperti tahun-tahun yang lepas. Terkadang, ana terfikir, apa sudah jadi?

Saya juga tidak lupa, buat guru-guru yang tidak jemu-jemu mengajar saya. Ada waktunya saya lebih merasakan merekalah ibu-ibu dan ayah-ayah saya sewaktu di sekolah dahulu. Keikhlasan mereka dalam mendidik terkadang mentarbiah hati-hati kami semua dengan sendirinya. Terima kasih Muallim dan Muallimah. Tiap nasihat dan detik-detik menuntut ilmu tak akan ana lupakan sampai bila-bila.

Ya Allah, pertemukan hati-hati kami semua dalam menuju cintaMu. Anugerahilah kami semua kefahaman Islam dan Nur Hidayah dariMu dan janganlah Engkau menarik nikmat iman,islam dan ihsan ya Allah. DaripadaMu kami datang, dan kepadaMu jualah kami kembali. Ameen, ya Rabbal 'Alameen...

Mencari dan terus mencari damai yang hilang

Semoga kita berjumpa lagi, InshaAllah

Iffah Nabiha Ahmad Jailani

1 Ogos 2012, 1:09 petang

Darlington, England

Comments

Musafir's Life said…
salam, iffah. x)
sibuknya kat sana ;D
ana ucapkan tahniah sbb bjaya live there XD a really Big smile with a capital B for you..
Though we're not seeing, not fb-ing,not messaging or whatsoever way of communicating these days,to each other, i want u 2know, our ukhuwah, insyaAllah, akan trus disuburkan in my heart, with iman, insyaAllah. xD
La tahzan, Innallaha ma'aki,[bley baca x? susah la nk tulis dlm rumi]

well, walaupun x tanya, tpi nk bgitau jgkla khabar org yg kat sini ni xP i'm fine, yeah, struggling with studies, with nahu and sorof and such, juggling with 20 subjects is quiet hard, of course, but, with Allah by my side, it'll be a piece of cake, i've got loads more to go through x)
kter doakan each other yah~!
chaiyok!! insyaAllah, kter akan jumpa lgi, aminn!!
bye, iffah.
Assalamualaikum xD
Wa'alaikumussalam.

Aduihhh.. Bushraa..bushra . i sat here trying to figure out who you are and then clicked on your profile and went on your NEW blog~ baru tahu saper x)

'berjaya live there' haha nak tergelak bacer :) You know I just read your article, I really can't help it but to say that you're so honest, and inshaAllah moga dipermudahkan jalanmu untuk memperoleh status solehah yang cemerlang. Ana yakinnn sangat dengan anti. I'm not kidding, btw.

20 subjects, subhanallah. I started off here with 15 subjects and now it's not 15 anymore after I finally got rid of the subjects that i don't like tempoh hari :D

Ana akan selalu doakan anti. Trust me, I always do and always have :') Ok teardrops. InshaAllah someday we'll see each other again, Ameen.

I love u fillah.(dua makwe kamu takleh buktikan ape2!) xD
Musafir's Life said…
Salam againn x)

.////. wahh,, malulah org baca blog kter, jgnla tgok lama2 yahh,, segan sgt2 kutt,,

thanks sebab doakan ana e? even me myself x yakin sgt ponn,, it's..hard, it's just hard.. But, you gave me strenghtwith your words, thank you, alhamdulillah :)

wahh,, seronoknya, sikit jer subject blaja, tpi mestila susah2 sumer kan? our level is different la, it'll be piece of cake for you if you study these 20 subjects, x sabar nk tunggu f4, dah x der sgt subject yg x disukai :D

Ana akan doakan anti jgk, InsyaAllah, walaupun ana byk dosa, dan doa tu mungkin x smpi -.- i'll pray until it get through all my sins and arrive at the sidratul muntaha. wakaka, mushy la xD

Uhibukki fillah aidhaan x)
'jom jadi kwn yg apabila kwnnya hendak jatuh ke dalam neraka, dia akan tarik kwnnya dan bimbing smpi masuk syurga, ameen!!'

Assalamualaikum, and may Allah bless your Ramdhan,

p/s ; where did u get your cover photo at fb? trying to searching berfaedah's gambr tpi xjumpa, rekomenkanlah e? oh, dan Ramadhan tinggal x seminggu [tolak tambah la] jer lgi, x( x sabar tunggu another year. oh, dan lgi satu [byk sgt benda merapu yg nk dicakap xP] tau x, klu ikut taun hijrah, ana lgi tua setaun dri anti tau xP
Salam,

la, kenapa pulak segan.. tak ada apa nak disegankan. blog kami ni yang perlu disegankan.. BM kami mengelirukan~ ayat berputar2 and pusing2.. huhu

i do think that you have a strong will, my friend, i really do :)

lawak la bushra ni~ mana boleh jadi a piece of cake... 20 subject tu penuh agama.. pengetahuan ana sangatlah kurang~ semua lain la bushra.. kagum dengan anti.. maintain je kecemerlangan tu... respect sangat... susah la malaysia punya.. sini susah pun dapat banyak source.. pening pun pening cari source and professionality(is that a word? huhu).. huhu

honestly, anti kan baeekkk.. memang perlukan doa anti.. terima kasih ek, doamu dihargai~~ ana doakan anti jugak, eventhough ana pun sangat banyak dosa. but kita doakan eac other.. best kan? :D

ana tengok anti upload gambar berfaedah ok ja.. ana taip muslimah cartoon~ petu carik je la :D macam pulak anti tua setahun? ala mana acii! anti bulan apa? ana tak tau ana bulan hijrah bulan apa, sebab mak ana tak ingat. huhu :(
Musafir's Life said…
salam againn x)

blog english-malay la syokk!! educational kan xDD

sumer bendakter buat kena ader usaha kan, mner ader benda yg dtg free, hardwork pays offkan? i know you know that x) alah,, kat malaysia ponn ader cikgu google dan guru wiki xP

allah, ana baekk? ameeen sesangatlah, my heart has been badly dirtied, tgh cuba sental dgn dawai besi skrg, InsyaAllah, kter ikut sunnahla, saling mendoakan antara satu sama lain, mmg SWEET :)

I was born on 18 Syawal 1418, :) ana bulan febkan, antiogos, mestilah lewat b'bulan2, lgi pulak bulan islam pendek jee
salam,

dan blog ini bukan english-malay :D

alah,bukan anti tua setahun tu, tua berapa bulan jerk, cuma anti tahun len je :p

Popular Posts