Petang Ramadhan...

Artikel terbaru Ustaz Hasrizal saya baca dengan aliran air mata.

Tak tertahan hiba di dada. Adakalanya, jiwa perempuan senang tersentuh dengan ketulusan.

Bukan semua, tetapi saya di antara mereka yang mudah tertarik kepada sinar keikhlasan. Ikhlas mereka yang menawarkan seluruh kehidupan untuk perjuangan yang bukan sia-sia. Perjuangan yang bermatlamat dalam berjuang. Bukan perjuangan yang bermatlamatkan matlamat palsu semata-mata. Bukan sekadar perjuangan yang bermatlamatkan yang sementara sahaja.

Saya teringat beberapa tahun lepas, saya berada dalam komuniti orang-orang agama. Tetapi apakah saya pernah belajar untuk menilai sesuatu dalam keadilan, saya merasa tidak. Beberapa tahun saya menilai dengan bias dan penuh prejudis semata-mata.

Betapa ramai umat Islam hari ini, yang begitu juga menilai dengan penuh prejudis tanpa sekelumit keadilan? Tiada etika dalam berdakwah. Hanya bersuara lantang dengan penuh yakin dengan hujah emosi tanpa ilmu yang sebenar-benarnya.

Tetapi ini hanyalah suara yang ramai merasa sangat insignificant, seorang anak muda yang sebenarnya dialah yang berbicara tanpa ilmu.

Maka jangan salahkan mereka andai ramai yang hanyut. Andai etika dakwahmu menyebabkan mereka terpesong, semata-mata kerana emosi dan rasa bangga diri!

Kerana mereka yang ada kesedaran, yang ada kemahuan untuk turut serta dalam medan mujahadah, sungguh ada mahu, tapi ramai yang tercicir kerana mereka menganggap yang muda boleh dipandang enteng. Mungkin kemudian ada yang berkata artikel ini adalah suara emosi tanpa ilmu.

Tetapi ini hanyalah wakil, saya sungguh fahami suara mereka yang sedang meniti usia awal remaja. Tolonglah, bimbing mereka dengan didikan. Bukan memesong mereka dengan herdikan.

Sekadar suara emosi di petang Ramadhan. Mungkin boleh dilupakan sahaja.

Mencari dan terus mencari damai yang hilang.

Jumpa lagi, Inshaallah.

8 Ogos 2012

Comments

Popular Posts