MALAYSIAKU: Bukan Yang Terakhir....

“It’s Easter. Your family is on a cruise and you’re here. I don’t understand. Why are you here?”

Dia menghidangkan jus oren dan beberapa jenis kek, muffin dan biskut buat santapan pagi.

“Have you had your breakfast yet?”

Susan, adalah librarian yang sangat setia dan akrab dengan saya. Memahami komitmen dan keadaan saya, dia sentiasa menawarkan untuk stay back biarpun hingga hari merangkak senja, seterusnya tika malam datang berkunjung. Segar di ingatan tatkala salju di bulan Disember tahun lepas memutih di bumi Darlington. Udara sejuk menggigit di luar dan jam 8 malam bererti langit telah lama menggelap, tidak sedikitpun menyentuh hatiku ketika itu. Keutamaan saya menghabiskan silibus tiga subjek seorang diri meyakinkan saya, cabaran ini wajibku sahut. Susan memahami prinsipku. Hingga saya tertidur di meja perpustakaan sekalipun, dia tetap menunggu.

Bumi Red Hall...
14.01.2013

“A little bit.” Jawab saya.

“Now, I’m not impressed. Have something to eat.”

Saya mengalihkan padangan dari pembacaan. Mata melirik kea rah meja yang terletak di tengah-tengah ruang perpustakaan. Terus memerhati. Sepi.

Dalam keadaan tidak sihat, selazat mana pun makanan itu, terkadang ‘tekak orang demam’ tetap tak dapat merasakan kelazatannya.

Kebiasaannya, Ayah datang mengambil saya setelah habis shiftnya di waktu malam

Susan terlalu mengenali saya.


“Right… Iffah.”

Maka sesi ‘khutbah’ free untuk saya bermula.



EPISOD


Setiap dari kita, melalui rentetan episod kehidupan dari satu fasa ke fasa yang seterusnya.

Adalah menjadi impian bagi insan yang bercita-cita untuk melengkapkan setiap episod dengan jayanya, buat suatu hari nanti, untuk dikenangkan dengan manisnya…

Hidup ini adalah pengabdian. Maka setiap fasa yang kita harungi dalam setiap episod universiti kehidupan, hendaklah berpaksikan kalimah LA ILAHA ILLALLAH dengan seteguh-teguh keyakinan.

Saya juga tidak terkecuali, dari mereka yang menginginkan setiap episod kehidupan saya berintipatikan kejayaan al-Haqq yang menjulang nama islam setinggi-tingginya. Biarpun, saya bukanlah manusia yang LAYAK untuk memikul wasilah perjuangan yang suci ini, namun saya juga seorang MANUSIA.


Manusia yang ingin berjaya.


Manusia yang bercita-cita.


Manusia yang mempunyai visi dan misi.



Dan identiti Muslim yang ku bawa mengajarku kepentingan kejelasan matlamat, tujuan dan keutuhan keyakinan dalam melaksanakan misi ini.

Ini bagi memenuhi seruan kea rah kejayaan yang 15 tahun yang lepas, ayahku laungkan di telinga kecilku.


Allah Maha Besar
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah
Aku bersaksi bahwa Muhammad adalah persuruh Allah
Marilah menunaikan solat
Marilah merebut kemenangan
Allah Maha Besar
Tiada Tuhan selain Allah
Laungan azan.

Inilah panduan hidup.

Hidup berTuhan.

Mengakui keEsaan.

Mengakui qudwah hasanah yang selamanya menjadi pedoman.


Buat umat yang hari ini semakin tandus pengetahuan akan erti hidup dengan Islam yang SYUMUL...Untuk hidup yang mesti konsisten berhubung dengan ALLAH dengan solat. Hidup yang telah diseru menuju kejayaan. Merebut kemenangan.



Hidup untuk Islam.


EPISODKU BERAKHIR

Inilah artikel pertama saya di sini bagi tahun ini. Lebih setahun menyepi, aku disoal seorang ukhti. Seorang pembaca yang prihatin. Semoga Allah bersamanya sentiasa.

“Adik Iffah, lama menyepi.. Dah ‘pencen’ menulis ke? Muda lagi…”
Singgah di Oxford on the way ke Snowdonia, Wales. Saya mengikut apabila mendengar akan bertemu Sheikh Dr. Afifi Al-Akiti, pensyarah di Oxford University. Saya mengambil peluang itu untuk merungkai persoalan di benak mengenai theological arguments.

Suatu hari, saya tanyakan kepada seorang pensyarah universiti tempatan yang ketika itu masih dalam status pelajar PhD (kini telahpun memperolehi ijazah kedoktorannya) di satu program komuniti di Durham.

Ku khabarkan apa yang ingin dipinta. Ku hajatkan nasihatnya.

Dia tersenyum.


You know what, dulu Iffah rajin betul update blog. Sekarang dah tak sempat, itulah yang buat Iffah tak tentu hala macam ni, you gotta let your heart out to someone in some way

Itulah muqaddimahnya. Betul. Memang benar.

Apa yang menjadi passion kita, bila ditinggalkan sedang ia adalah sumber kekuatan, kita akan dihambat rasa ‘tidak menentu’.

Tetapi situasi saya tidaklah ‘menulis’ yang paling tepat ditujukan sebagai permasalahan. Saya tenggelam dalam kesibukan saat-saat akhir berjuang melepaskan bebanan tugasan bagi melayakkan saya mengakhiri sebuah episod kehidupan.

Dan hari ini, melihatkan gambar keluarga saya bercuti di Amsterdam lebih kurang enam bulan yang lepas, saya meluahkan rasa cemburu. Segala-gala tawaran dari Ummi dan Ayah untuk pergi ke sana sini, Lake District, London, Edinburgh, York, rumah orang itu ini, program di sana sini, PUISI di Ireland, segala-galanya ditolak. (Harini bila tengok gambar sedih betul L )
Amsterdam

Saya tidak ada bersama mereka.

Dan, kata ibu saya..

“Berbaloi pengorbanan Kakak tu.”


Hidup mesti berani untuk berdepan dengan cabaran.

Dan… dengan ini ya Allah, bersaksikan diriMu, ku akhiri sebuah episod kehidupan di bumi Inggeris ini.
Dahulu episod ini bermula tika usia saya menginjaki 11 tahun. Saya tinggalkan perjuangan di sini dalam usia saya hari ini merapati angka 15 tahun.

Sebelum bertolak ke airport. Saya pun tak tahu di mana saya ketika itu.

Dari Newcastle International Airport ini bermulanya titik pengembaraan kami di sini. Dan di sini juga kami akhiri pengembaraan ini.
Kaum Ibu... Terima kasih atas segala kebaikan

Dua keluarga... bakal berpisah. Auntie Lien and famili, jazakallahu khairan atas segala budi baik kalian


Tak terkira air mata yang tumpah di tahun akhir saya di sini. Tak terkira detik saya jatuh berasa lemah tak berdaya untuk bangkit lagi. Di situlah Allah membalas saya dengan sesuatu yang saya tidak ingin menukar dengan apa-apapun di dunia ini.
 

Tahun akhir saya di situ menyaksikan ‘kisah’ perjalanan tahun akhir saya mendapat perhatian seluruh warga sekolah.

Dan ‘hangat’nya kemesraan ingatan mereka masih segar terasa. Aduhai, separuh jiwaku masih hidup di sana bersama kalian!

Dari cleaners, pelajar, persatuan komuniti-komuniti, student helpers yang berprogram bersama kami di Northumbria University dan Newcastle University, hinggalah staff dan leadership team mengetuai empat buah sekolah yang disatukan di Darlington itu semuanya maklum.

Siapa budak ‘berkepala bungkus’, berkaca mata yang selalu stay back sampai malam sorang-sorang tu.



Mereka tinggalkan kawan-kawan yang lain kerana terlewat bangun 5 minit. Tajam menepati masa adalah kelebihan orang putih. Tak apelah, lagipun yang kena tinggal tu kesemuanya lelaki. Dan tiga perempuan.


Jika ada apa-apa, mereka tahu di mana hendak mencari saya. Library. Di situ segala aduan tentang teaching method oleh guru2 akan diadukan, satu peranan setiap Student Leader. Kemudian dibincangkan dengan wakil guru. Menarik sgt pengalaman ni!

“Oh hi Iffah, how are you?” Tegur seorang remaja perempuan di tepi jalan. Ketika saya mengatur langkah menuju ke perpustakaan terletak di tengah-tengah bandar.

Siapa minah ni. Aku tak kenal pun.

“Good thank you. You are..?”

“Oh, silly me. Of course you don’t know me. I go to Hummersknott Academy. My boyfriend goes to your school. He and his friends hang out with us a lot and we talk about you a lot, you know. “

‘What is everyone doing… talking about me.  Ergh.’ Gerutu hatiku.

“Don’t worry, everyone only has good things to say, it’s just that… you’re brave. I would never be able to take your place right now. And only GCSE students will understand you, really. Therefore we all do.” Seolah-olah dia mendengar kata hati saya.

Aku menangis mendengarnya. Ya Allah! Akulah hamba yang paling derhaka kerana meragui hikmah disebalik tiap takdir yang Kau tentukan. Ya Allah, aku lemah berhadapan dengan ujian, sedangkan Kau tetap menutupi aibku yang kurang meyakini hikmah di sebalik tiap musibah dengan memuliakan aku yang sungguh hina dan futhur ini di mata manusia. Tidak layak, tidak layak. Ku marahi diri sendiri berterusan di dalam hati.
Merekalah kawan-kawan saya semenjak awal saya datang ke sekolah ini tahun 2011. Melayu jadi kecik tak pasal bila lawan siapa lagi tinggi

Rapuh benar imanmu duhai diri, bukan? Terasa bagai hendak diketuk kepala sekuat-kuatnya. Itulah namanya KUFUR atas nikmat yang Illah beri! Aku mengomel sendiri.

Maka tatkala kakiku diangkat meninggalkan tempat yang menyimpan 1001 kisah suka dan duka mastautinku di sini, aku berpuas hati. Kerana apa? Kerana aku merasa segala penat lelah itu telahpun Allah bayar dengan kasih sayang yang melimpah-limpah dari seluruh warga sekolah. Mereka sentiasa berusaha meringankan bebanku. Tatkala aku tidak dapat menghadirkan diri ke mesyuarat badan perwakilan pelajar, tiada siapa yang mempersoalkan kedatanganku. Malah berusaha pergi menemui si guru untuk mengecualikan aku dari sebarang bebanan sebagai salah seorang wakil pelajar namun statusku dikekalkan.

 Bilamana aku tidak sihat, pasti ada yang menawarkan untuk membawa beg aku yang terlampau berat itu lalu menghantarnya dengan mengiringi saya ke mana sahaja saya perlu pergi. Saat aku ingin keluar solat dari kelas, pasti rakan sebelah akan membuat dua nota sekaligus untuk diberikan padaku, mengetahui aku sukar untuk mencari masa selepasnya bagi menyalin nota semula. Jika ada sesiapa cuba menyusahkan aku walau sedikitpun, pasti mereka akan confront dan memarahinya. Di sekelilingku terdapat insan-insan yang memahami keadaanku dengan sepenuh-penuh pemahaman dan kepada Allah sahajalah aku panjatkan doa, agar budi mereka dibalas dengan hadiah paling berharga, HIDAYAH.


Di sinilah aku diajar mengatur langkah menempa kecermelangan. Di sini juga aku berjuang mempertahankan hak aku sebagai penganut agamaMu di kala hampir keseluruh warganya mengkufurkan Dia. Di sini aku digelar ‘young mother’ kerana menjadi tempat teman-temanku mengadu masalah tentang orang itu orang ini. Gaduh itu gaduh ini. Di sini aku perkenalkan warganya bahawa dalam kehidupan, terdapat satu dimensi yang dipenuhi orang-orang yang melihat kehidupan dari skop yang berbeza maka melihat perkara yang berbeza.

Itulah namanya skop akhirat. Orang yang terpaut pada duniawi yang tidak didedahkan dengan skop akhirat tak akan mampu melihat perspektif hasil dari penilaian orang akhirat. Orang akhirat akan melihat dunia ini sebagai satu persinggahan yang kita akan teguk air nikmat kejayaannya seketika, lalu jadikan ia medan mujahadah menempa kejayaan untuk menuju kemenangan yang lebih hakiki.


Okay, sudah-sudah melalut.


Biasalah, dah lama tak menulis, habis terbang segala skill yang dulupun entah ada ke tidak.


GCSE saya tamatkan juga akhirnya. Pencapaian itu direkodkan sekolah untuk pelajar-pelajar lain agar percaya ‘tiada yang mustahil’ – kerana pencapaian aku lain dari yang lain. Tempoh aku menyiapkan silibus lain dari yang lain. Tak sanggup aku ceritakan.

Sepulang-pulang ke Malaysia, pelbagai halangan datang menerpa. Sehingga kini aku dalam dilema arahku menyambung pelajaran. Usiaku 15 tahun berbanding lepasan SPM yang lain menghalang aku menyambung ke peringkat A-Level/foundation. Syarat kementerian menginginkan umurku to be at least 16 dan cukup bulan. Berbeza dengan O Level graduates yang pulang ke tanah air, tidak mempunyai masalah untuk masuk ke univeristi tempatan kerana usia mereka mejangkau 16 tahun sudah. Aku pulak lahir lambat. By the time cukup umur sijil aku mungkin tidak laku lagi. Cerdik betul. Ketiadaan PMR juga menyekat sedikit haluanku. Kebanyakan biasiswa juga menginginkan SPM atau umur yang ‘munahasabah’ katanya. 
Tergeletek hatiku mendengar perkataan munahasabah itu.

“UPSR takda, PMR takda, SPM pun takda? Buat apa balik Malaysia.”

Orang Melayu hari ini hilang profesianalisme dan etika dalam bekerja. Ku tahan hati saja mendengarnya.

So, one chapter closes another chapter begins. Ku susuri tiap memori dengan membaca tulisan guru yang juga memonitor perkembangan tahun akhirku di sekolah itu.

Dear Iffah,
It makes me very proud to say I have been part of a journey with you this year. I find your motivation and dedication are inspiring. As you travel through chapters of your life, I hope you look back fondly of the time spent here with us.
I will miss you and I wish you luck and happiness.
Mrs Gorton xxx

Dear Iffah,
You have been a true inspiration to Haughton and the people in it. We have grown to love you and your innocent ->hahah! ways. How you have managed your exams in one year, I have no idea! I’m so glad I’ve met you, you’re an amazing girl and do not let anyone tell you otherwise!! You’ll be missed and most definitely NEVER forgotten, good luck for the future and I hope you achieve everything you aspire to.
Love you lots Iffdawg!
You’ll be missed L
Laura Hailes! Xxx

Dan membaca school reportku (di sini setiap guru diwajibkan menulis at least satu perenggan yang mengenal pasti apa yang perku dikatakan mengenai pelajarnya dalam rekod untuk disimpan) aku juga merasa… disayangi. Acececece. Dengan mereka, ada beza antara kata-kata manis yang mereka benar-benar maksudkan atau yang mereka hanya lakonkan.

Tersenyum lebar ketika seorang kawan saya yang turut hadir menghantar kami ke airport berbisik: This is a secret, I wish I was as religious as you are! I really do!

Ku genggam tangannya lalu membalas. Nadine, to be religious is a choice.

Dia membalas, it is too late for me.

Harapan saya, agar mereka semua selamanya mengingati, that there was once a muslim girl who has walked in to their lives. Umur saya masih belasan tahun, perjalanan saya masih ranjau berliku. Cita-cita saya masih teguh dan utuh terpahat di hati, menggunung tinggi. Motivasi yang pernah malap dan mati, mesti dihidupkan agar bersemarak menyala kembali dalam jiwa ini.

Pulangnya setiap rakyat Malaysia dari perantauan adalah untuk menyebarkan ibrah kehidupan dipelajari di rantau orang bagi menumbuhkan inovasi yang memacu negara untuk menjadi satu rakyat yang maju dan bertamadun. Maka, janganlah disuruh listen dan listen dan listen untuk mengikut telunjuk jari orang atasan sahaja.

Bukanlah ingin mendabik dada namun bukankah itu tujuan pelajar-pelajar ditaja ke luar negara? Agar pulang berbakti dan menjadi pencetus idea kea rah mewujudkan sebuah negara yang maju di persada dunia!

Maka bersamalah kita bergandingan bahu, bekerjasama, saling ingat mengingati untuk hidup sebagai orang akhirat yang menempa kecemerlangan fiddunia’ wal akhirah.


Berakhirnya satu episod, bukan bererti ianya yang terakhir.

Satu ketika nanti, akan ku seru namaMu di tanah lain pula!


Ini bukan mastautinku yang terakhir! Ini suara anak muda! Ilmu itu cintaku! Hingga ke nafas terakhir akan ku buru.


Pemerhatianku sesampai di tanah air ini membuktikan, di hati-hati manusia sirnanya sebuah kedamaian…

MIMPI YANG INDAH
Mestica
Telah ku lalui jalan berduri
Sejuta harapan terus ku pertahankan
Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang
Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Mengejar impian
Pabila laluan seakan sukar
Bagai tak terdaya untuk terus bertahan
Namun kasihMu menyedarkan
Aku tak pernah sendirian
Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
TInggi langit mimpi ini
Tak ku ragu untuk membuktikan
Indah bintang yang terang bukan khayalan
Tetapi kenyataan
Akan kau saksikan kesulitan ini
pasti berganti kebahagiaan
Telah pun kau dengar kisahku ini
Pernahkah cuba kau mengerti

Mencari dan terus mencari damai yang hilang
Jumpa lagi, biiznillah insyaAllah

Iffah Nabiha Ahmad Jailani
10 Oktober 2013 06:00 pagi
13200 Kepala Batas, Pulau Pinang
Malaysia

Comments

Anonymous said…
Salam Iffah,

Congratulation dear... u have made it! If it is difficult to find an opportunity in Msia, why not try the UK. Maybe your teachers could help. There are plenty of scholarships offered by the UK universities.

Love,
Harr
Wassalam, kak Harr! Haven't heard from you in so long!

Thank you, I am thinking about it however yes, it is the scholarship that is worrying me.

Will try my best to figure something out, InsyaAllah.

Thanks and I am indeed so happy to know you still read my entries, would really like to know how you're getting on.

Love,
Iffah

Anonymous said…
subhannallah, inspiring
Anonymous said…
Iffah,

Glad that you still remember me...
May I know exactly what you plan to do...or in what field that you are interested in...your ambition and things like that? Sorry if it is a rather personal questions...:)

Love,
Harr
Anonymous said…
Assalaamualaikum warahmatullah...

I'm so proud of you my dear. Keep on walking and spread the best that you can give to others... good things will come back.. no worries cause we have ALlah swt by our side.

Lots of love,
Azimaton AR.
Harr,

No I do not mind at all, I love talking about my aspirations and ambitions :) If you like, maybe give me your email address so we can talk? I don't mind if you want to do it any other way too.

Muallimah A AR,

I ask Allah may He reward my muallimahs with the greatest of rewards..

Do supplicate for your favourite student's consistency on this path ;D

Jazakillahu khayr wa barakallahu fiki..

With thoughts,
Iffah
Anonymous said…
Iffah,

Maybe you check this out...

http://britishcouncilmalaysia.cmail1.com/t/ViewEmail/y/C8EAEA8136A2E70B/33D07C0501871E3416FB8100885F948E

A scholarship for A level. Interview/test will be on 26/10/13 in KL.

Hope this helps.


Harr
Dewi Aja said…
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Popular Posts