Generasi.

Di Twitter kau kutuk mengutuk-ngutuk.

Di Snapchat kau record itu ini.

Di Instagram kau stalk si fulan dan si fulan.

Di alam nyata kau bergosip dan bercerita perihal si dia dan si dia. 

Bangsa lain berlumba menuntut ilmu. Tidak mahu ketinggalan. Zaman yang begitu demanding dari segi intelektual. 

Banyak masa kau, kemudian tatkala kau ketinggalan, kau marah-marahkan orang lain seolah-olah 'mengambil tempat kau'.

Kebodohan sendiri satu hal.
Menyalahkan orang lain satu kebodohan yang lain.

Lindungi kami dari membuang masa.
Lindungi kami dari menjadi orang-orang yang memakan daging saudara kami.
Lindungi kami dari memfitnah, mengeji dan megumpat.

Lindungi kami dari kehilangan tamadun dan nilai kemanusiaan.

Di era teknologi, lindungilah kami agar media sosial tidak merosakkan generasi bakal pemimpin kami.

Cukuplah dengan hari ini.

Fastabiqul khairat.

Mencari dan terus mencari damai yang hilang

Jumpa lagi, insyaAllah

Iffah Nabiha Ahmad Jailani

UITM dengkil
Selangor, Malaysia

Comments

Popular Posts