Muqaddimah

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, Pemurahnya DIA dengan izinNya mempunyai kesempatan untuk menulis pada masanya. Namun, komitmen sebagai pelajar Year 10 mungkin menyebabkan keperluan meluangkan masa untuk pelajaran lebih utama buat seketika. Afwan andai jarang menulis. Moga bermanfaat apa yang ada :)

Sunday, 14 August 2016

Istiqamah dan ikhlas

How do you know whether you're being ikhlas in your deeds?
...
Bila kau diuji atas amal baik kau, baik tidak dihargai kerananya (jika amal baik antara manusia) atau ibadahmu diperlekehkan, atau dikhianati oleh orang yang kau tolong, kau akan tetap meneruskan amal baik itu.

Kerana, sekiranya niat amal baik itu manusia, sebaik sahaja manusia berpaling darimu, kau terasa ingin putus asa. Kerana 'manusia' itu tak dikecapi.

Jika gred A itu tujuan kau menuntut ilmu, sebaik sahaja kegagalan menimpamu, kau akan merasa usahamu seolah-olah sia-sia.

Kalau yang menjadi matlamatmu dalam perkerjaanmu adalah kenaikan pangkat, sebaik sahaja pangkat itu menjadi milik orang lain, kau terus tidak mahu memberi yang terbaik dalam pekerjaanmu lagi.

Jika berpuasa isnin dan khamis itu untuk meraih pujian, apabila orang memperlekehkan amalmu, kau terus berhenti melakukannya.

Tetapi jika engkau melakukan sesuatu lillahi ta'ala, apapun berkunjung tiba, you stay on your course when you know it is true.

Tajdid niat bersama, istiqamah lah kita di atas jalan yang benar.

Buat kerana Allah and Allah alone.

Bukan yang lain.

Jadilah dirimu sendiri.

Mencari dan terus mencari damai yang hilang

Iffah Nabiha Ahmad Jailani

Uitm Dengkil, Selangor