Profile

Profile



Iffah Nabiha Ahmad Jailani, dilahirkan di Pusat Perbidanan Sungai Petani, Kedah. Menetap di Pulau Pinang semenjak kecil hingga 11 tahun kemudiannya berpindah ke sini :) Prinsip saya, Innallaha fatawakkalul mutawakkilin :)

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakkal kepadaNya"(Ali-Imran ayat 59)

Bercita-cita ingin melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah, tak kiralah peringkat Sarjana, PhD atau apapun. Namun, manusia itu hanya merancang dan Dia yang menentukan haluan hidup saya.

Andai dua tahun sebelum saya sepatutnya mengambil peperiksaan UPSR, saya bercita-cita ingin mencapai 5A dalam peperiksaan itu, tetapi Dia lebih tahu. Saya tidak mengambilnya, tetapi di sinilah saya. Mengenal erti kasih sayang sesama manusia yang berbeza prinsip, budaya dan agama.  Sungguh Dia iu Maha Pengasih, dan lebih tahu apa yang terbaik :)

"Barangkali kamu membenci sesuatu, padahal ianya baik bagimu.Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ianya buruk bagimu. Allah Maha Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."(Al-Baqarah ayat 216)

Pendidikan UK

Sesi persekolahan : September - Julai

Contoh : September 2011-Julai 2012

November 2009-Julai 2010 : Durham Johnston Comprehensive School (Sebagai Year 7)

September 2010-Disember 2010 : Durham Johnston Comprehensive School (Sebagai Year 8)

24 Januari 2011-Julai 2011 : DARLINGTON EDUCATION VILLAGE (HAUGHTON ACADEMY) [Year 8]

September 2011-22 Jun 2012 : DARLINGTON EDUCATION VILLAGE (HAUGHTON ACADEMY) [Year 9]

25 Jun 2012 : DARLINGTON EDUCATION VILLAGE (HAUGHTON ACADEMY) [Year 10]
-Hingga kini :)

Gambar: Durham Johnston Comprehensive School

Kantin Khas


Kelas bagi subjek Business Studies


 Dari hadapan sekolah kami[Pintu utama]

Pintu bagi pelajar-pelajar


    Menyambut tetamu khas / pelajar Sixth Form's

Bermula November 2009, Alhamdulillah dengan izin Allah yg Maha Mengasihani, impian ibunda dan ayahanda juga diri ini untuk menjejak kaki di sebuah sekolah tersohor , Durham Johnston Comprehensive School tercapai. Alhamdulillah, segala pujian bagiMu.

Kini, sekolah ini hanya dalam kenangan. Semoga jihad yang telah bersemadi di sini mendapat tempat di sisi Allah.

Gambar : Education Village Academy - Di mana saya menuntut ilmu hari ini..













:D


Alhamdulillah. Masih diberi peluang olehNya untuk masuk satu lagi sekolah di sini. Sungguh ianya merupakan satu pengalaman yang berguna. Hanya Allah yang tahu, saya mengimpikan sistem yang sama dengan Malaysia. Semoga menjadi satu kenyataan, Amiin..

Subjek yangdipelajari : Year 9(EDUCATION VILLAGE)

Subjek yang mempunyai set.

Nota ; Set adalah kelas yang mempunyai kedudukan, maksudnya set 1 yang paling tinggi, seterusnya set 2 hinggalah set 5. Kedudukannya begini (Paling tinggi dari atas) :

Set 1
Set 2
Set 3
Set 4
Set 5

Subjek yang berjaya menempatkan diri dalam Set 1

Art
Music
Drama
Science
History
English
Spanish
Religion
Geography
Physical Education
Information Communications Technology

Set 2 : Maths

Subjek yang tiada set, hanya 'group'

[Group ni benda lain pula..]

PSHE (Personal Social Health Education) & Design Technology (Textile buat 6 bulan pertama, kemudiannya Cooking 6 bulan selepasnya.)

Design Technology dalam Year 9 boleh dipilih sama ada : Resistant Materials, Engineering, Textile, Cooking

Saya pilih yang feminin punya la :P

Kini saya berada dalam perjuangan Year 10. Pengalaman yang sungguh mempunyai suka dan duka, perit susah dan ketawa rianya. Biarlah usaha saya dalam mengharungi perjalanan di sini menjadi saham untuk di akhirat sana. 

Kata mereka, saya beruntung. Kata saya pula, tidak ada perjalanan di mana yang tiada untung atau tiada perit dan payah... Semuanya mempunyai baik dan buruk dan terpulanglah kepada kita, untuk menilai sama ada perjalanan kita itu adalah suatu yang baik, atau sebaliknya.

Walaubagaimanapun, satu cita-cita saya yang paling jelas. Menggapai cinta Allah.

Dan saya ingin mengenalkan cinta itu buat sahabat-sahabat.

Insyaallah.

Salam ta'aruf :)

Mencari Dan Terus Mencari Damai Yang Hilang

Jumpa Lagi, Insyaallah...

IFFAH NABIHA AHMAD JAILANI

Popular Posts